Susah Nak Bangun Pagi? Aplikasi ‘Alarm’ Khas Ini Ada Cara Paksa Anda Bangun Tidur!
Korang dah cuba?
Cover image via Roman Khaves / XFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Alarmy, aplikasi jam penggera ini memaksa pengguna untuk membuat beberapa cabaran untuk menghentikan bunyi
Aplikasi ini mempunyai sistem yang menggerakkan anda bangun yang sangat agresif, di mana selagi anda tidak menyiapkan tugasan, ia akan terus berbunyi.
Dikongsikan oleh seorang pengguna X, Roman Khaves, dia berkongsi satu video di mana pengguna aplikasi terpaksa menyelesaikan beberapa siri cabaran untuk disiapkan demi menutup alarm.
Ramai menceritakan mereka "terseksa" dengan rutin baharu ini tetapi tetapi itu sahaja caranya untuk mereka bangun pagi dengan lebih mudah.
Aplikasi ini telah dimuat turun sebanyak 50 juta kali di Google Play dengan rating 4.6 bintang dan 4 juta ulasan.

Alarmy membuatkan pagi anda seolah-olah seperti menerima hukuman
Alarm tidur selama ini boleh ditutup dengan hanya menekan satu butang.
Tetapi tidak untuk Alarmy, pengguna akan diberi misi untuk disiapkan sebelum bunyi boleh dihentikan. Bunyi alarm yang digunakan pula adalah jenis yang sangat bingit dan menyakitkan telinga.
Antara misi yang diberikan adalah menyelesaikan masalah matematik mudah, ujian memori, menaip frasa motivasi, menggoncang telefon, membuat skuat, bercakap dan pelbagai misi lain.

Aplikasi ini juga mempunyai misi untuk mengambil gambar dan kod bar di mana anda perlu bangun untuk mengambil gambar objek-objek yang diberikan.
Ini bermakna anda berkemungkinan besar perlu mengambil gambar berus gigi, kasut, beg dan lain-lain.
Fungsi "Wake Up Check" dari Alarmy direka khas untuk memastikan pengguna bangun daripada tidur semula. Jika mereka mengendahkan misi ini akan mula semula.

Terdahulu, pernah wujud satu aplikasi untuk mengurangkan penggunaan media sosial di mana terdapat satu oyen gemuk yang akan menghalang skrin media sosial anda.
Muat turun Alarmy di Apple App Store dan Google Play Store.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


