Wanita Setinggi 4 Kaki 10 Inci Ini Diiktiraf Sebagai Anggota Bomba Terpendek Di Dunia
Ketinggian bukan penghalang.
Cover image via Guinness World Records / InstagramFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Autumn Keso kini diiktiraf sebagai Bomba Wanita paling pendek dalam dunia dengan ketinggian, 4 kaki 10 inci (147.32 cm)
Dia sekaligus telah dianugerahkan Guinness World Records, malah lebih pendek dari Napoleon.
Autumn secara rasmi telah menjadi bomba sah pada 18 Januari lepas dan mengejut ramai rakan sekerjanya.

"Ini adalah perkara paling gempak buat saya,
"Sudah tentu perkara ini tidak menjadi masalah buat saya, saya sudah lima tahun menjadi bomba dan sentiasa menjadi bahan lawak di balai bomba," katanya.

Semuanya bermula apabila seorang rakan sekerja mengatakan saya berkemungkinan besar adalah bomba paling pendek dalam dunia.
Kami kemudian telah mengikut semua langkah-langkah yang diperlukan termasuk proses pengukuran oleh Guinness World Records.

Tinggalkan dunia korporat untuk menjadi bomba
Autumn pada mulanya bekerja di dalam dunia korporat pada umur awal 20-an. Dia kemudian merasakan dunia korporat bukan untuknya dan cuba mencari impian lain.

Dia tidak pernah sama sekali bermimpi untuk menjadi orang yang berhempas pulas berlawan dengan api dan menyelamatkan nyawa orang.
Autumn mengakui bomba bukanlah profesyen yang mudah seperti disangka.

Menurut Autumn, perkara yang paling dia suka menjadi seorang bomba ialah membuat perubahan untuk komuniti.
"Tiada perasaan yang lebih indah daripada dapat hadir dan melihat seseorang yang sedang melalui hari terburuk dalam hidupnya. Anda berada di situ berupaya untuk memberi sedikit perubahan positif dalam hidup mereka,
"Malah, mereka menghargainya dan mengucapkan 'terima kasih'. Itu sememangnya satu perasaan yang memuaskan," kata Autumn lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


