Henry Golding Dipilih Jadi Suara Latar Untuk Siri Animasi ‘Thomas & Friends: Railway Stories’
Difahamkan, Henry Golding membesar dengan Thomas & Friends.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Henry Golding kembali ke memori zaman kanak-kanaknya dengan menjadi suara latar untuk Thomas & Friends: Railway Stories
Pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia ini mengumumkan perkara ini di laman rasmi Instagramnya.
Dia mengatakan dia sangat teruja untuk menjadi suara latar bagi sesuatu benda yang selalu ditontonnya ketika kecil-kecil dahulu.
"Ini adalah untuk semua budak-budak di luar sana, Peep! Peep!" kata Golding.

Golding bukan sahaja menyumbang suara, tetapi membesar dengan menonton Thomas & Friends
"Henry masa muda pasti sangat suka dengan perkara ini," katanya ketika ditemu duga oleh AP.
Golding berkongsi bahawa dia selalu melihat Henry(salah satu kereta api dalam siri) sebagai dirinya kerana mempunyai nama yang sama.

Golding mengikut langkah beberapa tukang cerita terkenal
Ringo Starr juga telah menjadi terkenal dengan Thomas & Friends untuk beberapa tahun dan Pierce Brosnan yang menyumbangkan suaranya ke francais tersebut termasuk filem tahun 2008, The Great Discovery.

Siri baru ini membawa kisah baharu lain daripada siri lama Thomas.
"Saya merasakan kami membawa pendekatan baharu dan satu kelainan buat Thomas. Kami seakan-akan membawanya kembali mengikut peredaran zaman," kata Golding.
Bagi Golding, ini adalah salah satu perkara yang menjadikan Thomas & Friends begitu istimewa kerana fokusnya terhadap persahabatan dan kerja berpasukan.
"Tema yang paling penting yang diterapkan dalam Thomas & Friends memang menceritakan persahabatan dan kerja berpasukan," katanya lagi.

Siri Thomas and Friends kembali dengan animasi 3D baharu dengan rekaan karakter baharu.
Satu episod khas akan ditayangkan berjudul Really Helpful Engines yang telah dilancarkan di YouTube pada 17 September lepas dan akan masuk ke Netflix pada awal 2027.
Video penuh di sini:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via