Tun Dr Siti Hasmah Disahkan Telah Meninggal Dunia Di IJN

Allahyarham Dr Siti Hasmah meninggalkan dunia pada umur 100 tahun.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Threads & Utusan

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali telah meninggal dunia pada umur 100 tahun

Beliau telah disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.

Berita pemergian Allahyarham Dr Siti Hasmah disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir, ketika dihubungi Bernama hari ini.

SAYS.com

Tun Siti Hasmah Mohamad Ali

Image via Utusan

Beliau adalah antara doktor wanita Melayu terawal di Malaysia

Dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Klang Selangor, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali telah menjadi wanita Melayu terawal di Malaysia yang menjadi doktor dan telah berkecimpung dalam bidang perubatan, kesihatan awam dan kerja sosial.

Dia telah belajar perubatan di King Edward VII College of Medicine di Singapura dan bergraduasi pada tahun 1955.

SAYS.com
Image via Universiti Malaya

Setelah menyertai Kementerian Kesihatan, dia telah menjadi pegawai perubatan di serata negara termasuk kedah di mana fokus beliau adalah untuk kesihatan sejagat dan kesihatan ibu dan anak.

SAYS.com

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarham, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di acara Hari Doktor Kebangsaan.

Image via Yahoo! Malaysia

Siti Hasmah telah mengahwini Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1956.

Dr Siti Hasmah telah meninggalkan tujuh anak termasuk aktivis sosial Marina Mahathir dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: