seismik

Tampuk Pemerintahan Pakatan Harapan Melakar 10 Rekod Baru Buat Malaysia

Rekod yang tidak pernah dicapai sebelum ini.

Cover image via SAYS

1. Buat pertama kalinya, tampuk pemerintahan Barisan Nasional tewas ke tangan pembangkang setelah lebih 60 tahun memegang kuasa

Image via Najib Razak

Barisan Nasional telah memegang tampuk pemerintahan Malaysia sejak tahun 1957 selepas negara mencapai kemerdekaan daripada British.

Dalam 13 Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini, BN tidak pernah tewas dan kekal berkuasa sebagai kerajaan Malaysia selama 61 tahun.

Namun dalam PRU14, BN di bawah naungan Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya tumpas ke tangan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Mahathir.

2. Malaysia menyaksikan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali kedua yang tidak pernah dilakukan oleh siapa-siapa sebelum ini

Image via GMA News

Kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU14 secara rasminya mengangkat Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Tun Mahathir yang sebelum ini merupakan Perdana Menteri ke-4 dan memerintah Malaysia selama 22 tahun dari tahun 1981 hingga 2003, telah keluar dari persaraan semata-mata untuk menumbangkan bekas anak didiknya, Najib Razak.

3. Tun Mahathir merupakan satu-satunya pemimpin yang menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) sebagai kerajaan dan pembangkang

Tun Mahathir bersama UMNO.

Image via Jabatan Penerangan

Tun Mahathir bersama Pakatan Harapan.

Image via Malay Mail

Penglibatan semula Tun Mahathir dalam arena politik memberi impak yang sangat besar kepada keputusan dan undian rakyat Malaysia dalam PRU14.

Walaupun tampil sebagai pembangkang kali ini, rakyat masih menagihkan kepimpinan dan kaliber Tun Mahathir sebagai pemerintah, dan berharap agar beliau mampu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang telah lama berkuasa.

Akhirnya, impian rakyat menjadi kenyataan apabila Pakatan Harapan berjaya mengungguli 113 kerusi Parlimen dalam PRU14.

4. Dr Wan Azizah merupakan pemimpin wanita pertama dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Dr Wan Azizah

Image via Twitter @drwanazizah

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara rasminya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia sejurus selepas Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri.

Beliau merupakan wanita pertama yang dilantik bagi memegang jawatan tersebut yang sebelum ini hanya dipelopori oleh lelaki sepanjang pemerintahan Barisan Nasional selama 61 tahun.

5. Lim Guan Eng menjadi rakyat berbangsa Cina pertama dilantik sebagai Menteri Kewangan selepas Tan Siew Sin, 44 tahun lalu

Lim Guan Eng

Image via Malay Mail

Lim Guan Eng dikurniakan jawatan sebagai Menteri Kewangan di bawah kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan.

Apa yang menjadi bahan bualan orang ramai ialah jawapan yang diberi Lim Guan Eng sebaik sahaja menerima jawatan tersebut, yang berbunyi:

“Saya tidak menganggap diri saya sebagai seorang Cina, tetapi saya adalah rakyat Malaysia.”

6. Pada usia 93 tahun, Tun Mahathir merupakan Perdana Menteri paling tua yang pernah dilantik di dunia

Image via Ihsan RTM

Hari ini dalam sejarah.

Tun Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri paling tua di dunia pada usia 92 tahun.

Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir berjaya memenangi PRU14 pada 9 Mei selepas populariti Barisan Nasional pimpinan Najib Razak merosot akibat tuduhan rasuah yang serius dan peningkatan kos sara hidup di Malaysia.

7. Gobin Singh Deo merupakan rakyat berbangsa Sikh pertama yang memegang jawatan menteri persekutuan

Gobind, 45, yang diberi jolokan `Harimau Kecil Puchong' adalah anak kedua daripada lima beradik kepada mendiang Karpal Singh, pemimpin veteran DAP, yang turut mendapat jolokan 'Harimau Jelutong'.

Mengikut laman web Asia Samachar, Gobind juga adalah menteri Sikh pertama di Asia selain India. Negara lain yang turut membariskan bangsa Sikh sebagai menteri di peringkat persekutuan adalah India dan Kanada.

8. Buat pertama kalinya, nama-nama menteri tanpa gelaran kehormat melebihi jumlah yang mempunyai gelaran dalam barisan Kabinet Malaysia

Image via BERNAMA

Selain Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah, hanya dua menteri sahaja yang mempunyai gelaran kehormat iaitu:

1. Tan Sri Muhyiddin Yassin - Menteri Dalam Negeri
2. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali - Menteri Hal Ehwal Ekonomi

Manakala 10 Menteri Kabinet yang lain tidak mempunyai gelaran kehormat seperti Datuk atau Datuk Seri, dan hanya menggunakan nama mereka.

9. P. Prabakaran diumumkan sebagai Ahli Parlimen paling muda di Malaysia pada usia 22 tahun

Sejarah baharu tercipta apabila calon termuda pada Pilihan Raya Umum (PRU14) dari parti Bebas, P. Prabakaran memenangi kerusi Parlimen Batu dengan majoriti 24,438 undi.

Prabakaran mengalahkan tiga pencabarnya yang lain dari Barisan Nasinal (BN), Dominic Lau Hoe Chai, Azhar Yahya (Pas) dan VM Panjamothy (Bebas).

Beliau kini telah menyertai Pakatan Harapan dengan misi meningkatkan kesedaran belia untuk menyertai politik dan mahu memberi impak kepada generasi muda.

10. Tony Pua memecah rekod apabila meraih undi majoriti paling banyak yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana wakil sebelum ini

Tony Pua yang bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Damansara pada PRU14 tempoh hari memenangi undian majoriti sebanyak 121,283 undi.

Undian ini merekodkan yang paling tinggi pernah diterima oleh seorang wakil yang bertanding dalam sejarah 63 tahun Pilihan Raya Umum.

Ada lagi rekod yang kami tertinggal? Kongsikan pada ruangan komen!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lihat juga:

You may be interested in: