seismik

[GAMBAR] Hari Pertama Menteri Kabinet Menjalankan Tugas Di Putrajaya

Mereka menjalankan tugas setelah mengangkat sumpah YDP Agong semalam.

Cover image via Twitter Berita Harian

Setelah mengangkat sumpah dihadapan YDPA Sultan Muhammad semalam, menteri-menteri yang telah dilantik memulakan tugas mereka

Rata-rata mereka berkongsi gambar di media sosial beserta ucapan yang ringkas. Menteri-menteri ini telah dilantik selepas kemenangan mereka dalam PRU14 dan mereka telah pun mengangkat sumpah kehadapan YDP Agong semalam. 

Mari kita lihat wajah-wajah barisan menteri dihari pertama tugasan mereka;

1. Dr Wan Azizah Ismail - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga

Beliau memulakan tugasnya sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga.

Dr Wan Azizah menerusi laman Twittenya berkata "Bismillah, Hari pertama bertugas secara rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Semoga Allah permudahkan urusan."

Pertemuan pertama PM dan TPM. #Malaysiabaru

A post shared by Dr Wan Azizah Wan Ismail (@drwanazizah) on

2. Dr. Maszlee Malik - Menteri Pendidikan

Dr. Maszlee Malik yang merupakan Menteri Pendidikan yang juga memulakan tugasnya pada hari ini. Laman Twitter rasmi Kementerian Pendidikan juga mengalu-alukan kedatangan beliau. 

3. Mohamad Sabu - Menteri Pertahanan

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) Batalion pertama Rejimen Askar Melayu Diraja pada hari pertama memulakan tugas sebagai Menteri Pertahanan Malaysia di Dataran Wisma Pertahanan Kementerian Pertahanan Kuala Lumpur.

4. Tan Sri Muhyiddin Yassin - Menteri Dalam Negeri

Tan Sri Muhyiddin Yasin memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dalam kabinet pada penggal ini. 

5. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali - Menteri Hal Ehwal Ekonomi

Beliau memulakan tugasnya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang baru diperkenalkan dalam barisan kabinet kali ini.

Datuk Seri Azmin Ali juga melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor bagi mengutamakan jawatan di dalam kabinet itu. 

6. Gobin Singh Deo - Menteri Komunikasi dan Media

Gobin Singh Deo merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru, beliau juga merupakan menteri pertama yang berbangsa Sikh. 

7. Rina Harun - Menteri Pembangunan Luar Bandar

Image via Bernama/Twitter

Rina Harun yang merupakan calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah memenangi kerusi di Titiwangsa dan seterusnya dilantik menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar. 

8. Zuraida Kamaruddin - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Zuraida Kamaruddin dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga memulakan tugasnya secara rasmi hari ini.

9. Dr Dzulkefly Ahmad - Menteri Kesihatan

Dr Dzulkefly Ahmad menjawat jawatan sebagai Menteri Kesihatan untuk penggal ini. Ucapan selamat datang juga turut dizahirkan di laman Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selamat menjalankan tugas! Semoga Malaysia yang baru dapat dikecapi!

Image via BERNAMA

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi berita menarik dari SEISMIK!

You may be interested in: