Oriental Kopi Lancar Set Blok Bangunan Edisi Merdeka, Boleh Dapat Serendah RM29.90 Hingga 31 Ogos
Comelnya!
Cover image via @orientalkopi.asia (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kalau anda kaki kumpul blok bangunan atau peminat tegar Oriental Kopi, ini mungkin koleksi yang anda tak nak lepaskan!
Sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, Oriental Kopi memperkenalkan Set Blok Bangunan Edisi Merdeka yang diinspirasikan daripada salah satu cawangan ikonik mereka.
Set mini itu menampilkan pelbagai perincian yang cukup sinonim dengan restoran tersebut, termasuk kanopi hijau putih, papan tanda Oriental Kopi, meja makan dan kerusi yang menggambarkan suasana kopitiam klasik.
Mengandungi 318 kepingan, set ini direka untuk menghidupkan kembali pengalaman menikmati kopi dan hidangan tempatan di kopitiam, selain meraikan budaya masyarakat Malaysia yang gemar berkumpul tanpa mengira latar belakang.

Boleh dapat dengan harga serendah RM29.90
Promosi ini berlangsung di semua cawangan Oriental Kopi di seluruh negara sehingga 31 Ogos 2026.
Untuk mendapatkannya pada harga promosi, pelanggan hanya perlu membuat pembelian minimum RM69 dalam satu resit, kemudian menambah RM29.90 untuk membawa pulang set blok bangunan tersebut.
Jika dibeli tanpa promosi, harganya ialah RM49.90, bermakna anda berjimat sebanyak RM20.

Stok terhad, siapa cepat dia dapat
Memandangkan ia merupakan edisi terhad sempena Merdeka, set koleksi ini hanya ditawarkan sementara stok masih ada.
Jadi kalau memang bercadang nak makan di Oriental Kopi dalam masa terdekat, mungkin ini peluang terbaik untuk tambah satu lagi koleksi unik bertemakan Malaysia ke dalam rak anda.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


