Anda Boleh ‘Custom’ Sendiri Koleksi Figura Kereta Mini Di Sunway Lagoon, Ini Caranya
Kena cuba ni!
Cover image via Sunway Lagoon (Disediakan untuk SAYS)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pernah tertanya-tanya bagaimana kereta koleksi kereta mini dihasilkan? Tarikan terbaharu di Sunway Lagoon ini lokasi yang wajib anda singgah
Tarikan ini membolehkan anda melangkah masuk ke 'kilang' mini di mana anda boleh memasang, memadankan dan membawa pulang koleksi kereta Mini Cooper anda sendiri.
Sunway Tiny Experience Factory (STEF) menggabungkan bengkel amali, robotik dan pembelajaran STEM dalam suasana interaktif yang diinspirasikan oleh kilang.
STEF mencipta semula pelbagai peringkat pengeluaran kenderaan, membolehkan pengunjung merasai pengalaman sama ada pemasangan manual atau proses pembuatan automatik sebelum membawa pulang koleksi kereta mini yang dihasilkan mengikut padanan sendiri.


Pengalaman bermula dengan taklimat ringkas sebelum pengunjung memilih antara dua pilihan bengkel, CKD atau CBU
Pengalaman Completely Knock Down (CKD) adalah pilihan amali, di mana anda akan membina Mini Cooper kecil secara manual.
Anda akan memasang sendiri badan, bahagian dalam dan bahagian bawah kenderaan sebelum memilih daripada tiga reka bentuk bumbung dan menambah plat lesen ukiran laser yang sendiri.


Jika anda lebih gemar melihat bagaimana pembuatan moden berlaku, pengalaman Completely Built-Up (CBU) membawa anda melalui kaedah pengeluaran secara automatik.
Merentasi 10 stesen interaktif, anda akan melihat bagaimana kenderaan mini melalui proses seperti die casting, semburan cat, injection moulding, pemasangan robot, percetakan UV dan ukiran laser sebelum ia boleh dibawa pulang.



Tidak kira apa yang anda pilih, anda akan dapat model Tiny (Mini Cooper) sentuhan sendiri
Pada akhir bengkel, anda akan menerima:
- Figura kereta mini custom sendiri
- Plat lesen ukiran laser
- Lesen Memandu STEF
- Sijil pengalaman menyertai bengkel
Walaupun tarikan ini diadakan untuk tujuan meluangkan masa, ia juga bertujuan untuk memperkenalkan pengunjung kepada dunia kejuruteraan, robotik dan pembuatan melalui aktiviti amali.
Daripada hanya melihat bagaimana produk dihasilkan, pengunjung boleh mengambil bahagian dalam pelbagai peringkat proses pengeluaran dan mempelajari bagaimana teknologi dan kreativiti bergabung bagi menghasilkan sesuatu produk.
Menurut Sunway Lagoon, tarikan ini bertujuan menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik untuk kanak-kanak, keluarga, pelajar, penggemar dan pengumpul koleksi.



Sunway Tiny Experience Factory kini dibuka di Sunway Lagoon
Ia beroperasi setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 11 malam dan ditutup pada setiap Selasa, kecuali semasa cuti sekolah dan cuti umum Malaysia.
Harga tiket adalah:
- CKD Experience: RM69
- CBU Experience: RM99
Kedua-dua pengalaman ini merangkumi kenderaan mini peribadi, Lesen Memandu STEF dan sijil yang boleh anda bawa pulang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


