Beli 5 Botol Sambal Nyet Bilis, Boleh Menang Trip Ke Dolomites Dengan Khairul Aming!
Wow! Siapalah pemenang bertuah tu ya?
Cover image via @khairulaming (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kalau sebelum ini ramai sanggup beratur dan refresh laman web semata-mata nak dapatkan produk Khairul Aming, kali ini ganjarannya memang lain macam
Sempena pelancaran Sambal Nyet Bilis, Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terpantas yang membeli lima botol produk tersebut bakal diterbangkan ke Dolomites, Itali untuk bercuti bersamanya.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Khairul Aming sendiri, setiap pemenang turut dibenarkan membawa seorang plus one, manakala semua kos perjalanan ditanggung sepenuhnya, tertakluk kepada terma dan syarat.

Bukan sekadar menang hadiah, tapi percutian impian
"Lima pembeli terpantas yang beli lima botol Sambal Nyet Bilis akan diterbangkan ke Dolomites, Itali untuk bercuti bersama KA.
"Dan anda boleh bawa plus one. Semuanya ditaja sepenuhnya, tertakluk terma dan syarat," katanya.
Sebenarnya, ini bukan kali pertama Khairul Aming menganjurkan pengalaman istimewa seperti ini.
Tahun lalu, beberapa pemenang bertuah telah dibawa melancong ke New Zealand, manakala kali ini destinasi pilihan ialah Dolomites di utara Itali yang terkenal dengan banjaran gunung yang menakjubkan, tasik biru dan pemandangan alam semula jadi yang sering menjadi pilihan pelancong dari seluruh dunia.
"Tahun lepas kita bawa pemenang ke New Zealand. Tahun ni kita pergi Eropah pulak," katanya.

Siap sedia untuk live TikTok 7 Ogos
Bagi yang bercadang menyertai peraduan ini, Khairul Aming meminta orang ramai bersedia untuk siaran langsung TikTok pada Jumaat, 7 Ogos 2026, kerana ketika itulah jualan Sambal Nyet Bilis akan berlangsung.
Malah, beliau turut memaklumkan bahawa perjalanan ke Itali dijadualkan berlangsung sekitar Oktober ini, jadi pemenang boleh mula merancang cuti lebih awal sekiranya berjaya dipilih.
Nampaknya, kali ini bukan sekadar beli sambal untuk makan dengan nasi panas, tetapi mungkin juga tiket untuk menikmati pemandangan Dolomites bersama Khairul Aming.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


