seismik

5 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Profesor Jomo Kwame Sundaram

Jomo dilantik sebagai salah seorang ahli 'Council of Elders' oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Cover image via themalaymailonline.com

Sejak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melantik Jomo Kwame Sundaram sebagai salah seorang ahli 'Council of Elders' pada 12 Mei, segelintir rakyat Malaysia telah menunjukkan minat mendadak dan telah mempelajari lebih lanjut tentang ahli ekonomi terkemuka ini

Kami senaraikan lima fakta tentang Jomo Kwame Sundaram yang mungkin anda tidak tahu:

1. Dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1952, Jomo dinamakan sempena dua pemimpin anti-penjajah Afrika

Jomo Kenyatta (kiri) dan Kwame Nkrumah (kanan).

Image via Famous Biographies, Twitter

Ibu bapanya telah mendapat ilham dari nama Jomo Kenyatta yang merupakan Presiden Kenya pertama dan Kwame Nkrumah yang merupakan Presiden Ghana pertama.

Pada awalnya, Jomo menghabiskan masa beliau di kampung halamannya di mana beliau menghadiri Penang Free School sebelum berpindah ke Royal Military College pada umur 15 tahun.

2. Jomo merupakan alumni di dua buah Universiti Ivy League

Jomo kemudiannya menghadiri Yale College (1970-1973) dengan biasiswa penuh. Setelah lulus dalam bidang ekonomi, Jomo ke Sekolah Kennedy di Harvard untuk mendapatkan MPA pada tahun 1974.

Jomo kembali ke Harvard pada tahun 1977 untuk menghabiskan ijazah kedoktoran semasa mengajar di Yale.

3. Beliau menghabiskan masanya selama bertahun-tahun untuk berkongsi pengetahuan dalam bilik darjah

Beliau kembali ke Malaysia untuk penyelidikan tesis kedoktorannya pada tahun 1976 sebelum menyertai fakulti ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada awal tahun 1977. Pada pertengahan tahun 1982, Jomo berpindah ke Universiti Malaya, di mana beliau tinggal di sana hingga tahun 2004.

Beliau adalah Profesor Akademi British dan kemudian Felo Pelawat di Cambridge (1987-1988, 1991-1992), Fulbright Profesor Pelawat di Universiti Cornell (1993) dan Felo Pelawat Penyelidik Kanan di Institut Penyelidikan Asia, Universiti Nasional Singapura (2004).

4. Jomo berkhidmat di Jabatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selama satu dekad dalam pelbagai peranan

Image via Column Life

Pada Januari 2005, Jomo menjadi Penolong Setiausaha Agung bagi Pembangunan Ekonomi di Jabatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial, dan (Kehormat) Penyelaras Penyelidikan bagi Kumpulan G24 Antara Kerajaan mengenai Hal Ehwal Kewangan dan Pembangunan Antarabangsa sejak Disember 2006.

Bersama-sama dengan Bank of International Settlements, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan G24 di bawah kepimpinan beliau telah diakui sebagai organisasi antarabangsa yang memberi amaran akan berlaku krisis 2007-2009.

Beliau juga merupakan Penolong Ketua Pengarah dan Penyelaras Pembangunan Ekonomi dan Sosial di Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB bermula tahun 2012 hingga 2015.

Melalui perkhidmatannya dengan PBB, Jomo berjaya membina satu konsensus antarabangsa untuk memastikan dasar ekonomi dan sosial yang saling melengkapi untuk pembangunan lestari, insentif pelaburan yang sesuai, penjanaan pekerjaan, dan pemulihan ekonomi yang kukuh.

5. Beliau juga telah mengarang lebih dari seratus buah buku serta rujukan akademik buat pengamal media

Antara dua buah buku yang telah dikarang oleh Jomo sendiri.

Image via Abe Books, Better World Books

Jomo telah menerbitkan karya sendiri yang meliputi pelbagai jenis subjek bermula dari ekonomi pembangunan dan dasar industri, kepada tindakan afirmatif, hubungan etnik, dan sejarah Malaysia.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ingin kenali 4 orang ahli 'Council of Elders' yang lain? Baca sini:

Pemansuhan tol akan diumumkan pada minggu hadapan:

Tun M berkata bahawa cara pengajaran di Malaysia adalah “ketinggalan zaman,” oleh itu beliau perlu membuat keputusan tentang cara untuk memperbaharuinya:

You may be interested in: