Tan Sri Zeti: “Keputusan Pemansuhan Tol Akan Dikeluarkan Pada Minggu Hadapan”

Pengumuman ini akan dibuat oleh Ahli Majlis Penasihat Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Keputusan mengenai pemansuhan kutipan tol akan diumumkan selewat-lewatnya pada minggu hadapan

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, Ahli Majlis Penasihat Kerajaan iaitu Tan Sri Dr Zeti Aziz berkata bahawa perkara itu masih dalam proses perbincangan dan akan dimuktamadkan segera seperti yang disenaraikan dalam manifesto kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas.

Beliau juga berkata bahawa ketika ini ahli majlis sedang mendengar penerangan daripada pelbagai pihak termasuk syarikat konsesi lebuh raya serta pemegang saham.

"Keputusan dijangka akan diterima dalam masa terdekat kerana mereka perlu membawanya kepada ahli majlis minggu depan," kata Zeti.

Image via Berita Harian

Zeti ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan di ibu negara semalam berkata, "Di pihak kerajaan dan ahli majlis, kami komited untuk mencari langkah penyelesaian terbaik demi keselesaan rakyat negara ini."

Menurutnya lagi, pengumuman yang dinanti-nanti oleh seluruh rakyat Malaysia itu bakal diumumkan sendiri oleh ketua Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

Turut hadir ketika perbincangan itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Shahril Ridza Ridzuan dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar

Menurut Shahril, syarikat konsesi lebuh raya dan pemegang saham ketika ini masih dalam perbincangan dan pemansuhan kutipan tol akan membabitkan jumlah pelaburan yang besar.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment