seismik

5 Jenis Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Ramai Terlepas Pandang & Ini Cara Buat Aduan

Terdapat empat kategori gangguan seksual, antaranya secara lisan.

Cover image via Utusan Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Gangguan seksual adalah sejenis gangguan yang dilakukan seseorang individu terhadap individu yang lain secara seksual

Tahukah anda, sebenarnya ramai di luar sana yang pernah kena gangguan seksual di tempat kerja?

Sudah tentu, gangguan seksual memberi kesan negatif kepada mangsa yang mungkin boleh menyebabkan trauma, fobia, ketakutan dan menjejaskan rutin harian mereka.

Terdapat lima kategori gangguan seksual yang berkemungkinan terjadi di tempat kerja

Antaranya secara fizikal, lisan, isyarat, visual dan psikologi.

Gangguan secara fizikal adalah mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa seperti memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium, menjilat, atau meraba.

Gangguan secara lisan pula adalah penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, bercerita, berjenaka, seperti membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan soalan secara seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual.

Gambar sekadar hiasan.

Image via BERITA Mediacorp

Manakala, gangguan secara isyarat sama ada sikap atau perlakuan yang memberi maksud atau gambaran keinginan yang berunsurkan seksual seperti menjeling, menggoda, merenung, mengintai, menjilat bibir atau menggunakan bahasa isyarat lain.

Gangguan secara visual adalah dengan menghantar nota, surat, e-mel, short messaging system (SMS), multimedia messaging system (MMS), foto, poster, objek atau bahan bacaan yang berunsur seksual yang diedarkan menerusi media elektronik, blog, vlog atau platfom media sosial seperti Facebook, WhatsApp, X atau apa-apa aplikasi.

Akhir sekali, gangguan secara psikologi pula merupakan perbuatan seperti cuba merapati secara seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksual

Jadi, apa tindakan yang boleh diambil oleh mangsa?

Yang pertama, mangsa boleh mengemukakan aduan kepada Unit Integriti (UI) Jabatan di tempat bertugas.

Selain itu, mangsa disarankan membuat laporan polis sekiranya tidak pasti sama ada ia adalah gangguan
seksual atau tidak.

Seterusnya, mangsa boleh menghubungi Pegawai Psikologi atau Kaunselor Organisasi JPA atau agensi-agensi yang mengendalikan isu gangguan seksual untuk khidmat nasihat selanjutnya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Cara yang kedua adalah mengumpulkan bukti dengan membuat catatan atau merekod kejadian seperti tarikh, tempat, masa dan sebagainya.

Mangsa juga digalakkan untuk menyimpan apa jua jenis nota, surat, e-mel, short messaging system (SMS), multimedia messaging system (MMS), foto, poster, objek atau bahan bacaan yang berunsur seksual yang diedarkan menerusi media elektronik, blog, vlog atau platfom media sosial seperti Facebook, WhatsApp, X atau apa-apa aplikasi.

Di samping itu, mangsa boleh memaklumkan kejadian kepada pihak ketiga sekiranya perlu seperti keluarga atau kawan terdekat. Paling penting, mangsa hendaklah mengenal pasti orang lain turut melihat kejadian yang berlaku atau ada saksi agar orang berkenaan boleh diminta untuk memberi keterangan apabila diperlukan kelak.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan Malaysia

Ingat, jangan hanya berdiam diri jika anda terkena gangguan seksual di tempat kerja. Segera ambil tindakan dan laporkan kepada pihak sepatutnya okay!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kaongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: