seismik

Tular Individu Jual Rumah Teres RM250K Di Shopee, Siap Pakej Boleh Bayar Guna SPayLater!

Yang tengah cari rumah tu bolehlah cuba.

Cover image via Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selalunya, sesiapa yang ingin mencari rumah pasti akan melihat iklan dalam beberapa portal seperti Mudah, iProperty, atau Propertyguru bukan?

Iyalah, nak cari rumah ini bukan proses yang mudah. Sudah tentu kita akan memilih platform yang boleh dipercayai sebelum membuat keputusan untuk membeli sebuah rumah.

Namun, baru-baru ini tular mengenai sebuah rumah yang dijual di dalam aplikasi Shopee telah mencuri tumpuan.

Menurut laporan Sinar Harian, sebuah iklan penjualan rumah teres setingkat di Kluang telah dijual melalui Shopee dengan harga RM250,000.

Image via Sinar Harian

Boleh beli rumah dulu, bayar kemudian

Iklan tersebut turut memaparkan gambar yang menunjukkan keadaan dalam dan luar rumah berkenaan.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pemilik rumah berkenaan membenarkan kaedah pembayaran menerusi SPayLater, di mana pembeli boleh beli dahulu bayar kemudian.

First time tengok iklan rumah dekat Shopee, advance betul ya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: