seismik

"Nampak Menarik & Sedap!" - Lelaki Kongsi Satu-Satunya Gerai Nasi Lemak Yang Ada Di Hawaii

Alamak, baru nak cuba makan.

Cover image via @aimanariffinnnn (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, sebagai rakyat Malaysia, nasi lemak memang menjadi tarikan jika kita melancong di luar negara

Tambahan pula jika negara yang sukar untuk mencari makanan halal. Kalau ternampak nasi lemak memang kita akan membelinya betul tak?

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman TikTok memaparkan seorang lelaki warganegara Malaysia berkongsi keterujaannya apabila ternampak sebuah gerai yang menjual nasi lemak di Hawaii.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aimanariffinnnn, kelihatan lelaki itu berkunjung ke pasar tani Honolulu yang terletak di Hawaii.

"Aku ada terjumpa satu kedai yang buat aku berbangga gila dalam lingua franca. Ni satu-satunya kedai yang jual makanan Malaysia jadi excited lah kejap kan.

"Ingatkan dapat makan nasi lemak, tapi kalau pergi dekat-dekat rupanya harga haram and nasi lemak dia pun haram," katanya.

Aduh, ada babi lah pulak. Pandai ya Mat Salleh sana masak nasi lemak :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: