seismik

Raih 44 Juta & 100K Tontonan, Fattah Amin Cipta Rekod Terbaru Jualan Live Kambing Perap

Penangan 'duda hot' ke ni?

Cover image via PAK MAT Western (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas memegang status duda, nama Fattah Amin kian melonjak naik dan membuatkan ramai para peminat wanita tidak keruan melihat ketampanannya

Tambahan pula, baru-baru ini pelakon berkenaan muncul dalam sesi siaran langsung di TikTok menjual jenama makanan sejuk beku terkenal, kambing perap Pak Mat Western.

Buat pertama kalinya, sesi live tersebut meraih lebih 100,000 tontonan dalam tempoh kurang satu jam!

Rata-rata netizen mengakui mereka menonton sesi live ersebut yang mula bersiaran sekitar pukul 9 malam semalam, 17 Oktober hanya disebabkan kemunculan Fattah.

Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin aktif mempromosikan jenama tersebut turut mendapat gift TikTok mewah daripada netizen

Tidak kurang juga, ada yang mahu melihat Fattah menyanyi dalam siaran live tersebut. Menurut laporan Kosmo!, pada 12 Oktober lalu Fattah yang pertama kali melakukan live dalam aplikasi berkenaan meraih lebih 49,000 tontonan pengguna dan mendapat lebih 26 juta tanda suka.

Tidak dinafikan, sejak bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu, saham populariti Fattah semakin meroket.

Dia juga digelar duda paling hot ketika ini sehingga ramai golongan wanita membuat konten lucu mengenainya seperti 'Ada Fattah untuk dihalalkan'.

Lihat video di bawah:

@hayylaa24

I dah grab pakwestern! korang sempat buat order tak tu? #FattahAmin @Fattah Amin

Funny Song - Funny Song Studio & Sounds Reel

More stories to read: