5 Langkah Islam Mengajar Kita Untuk Tegur Orang Lain
Teguran biarlah ikhlas...
Rata-rata kita tengok orang menegur orang lain dengan cara yang agak kasar. Contohnya seperti teguran-teguran yang dibuat di media sosial.
Bukan setakat menghukum, orang ramai juga lebih suka memaki, mencaci, menghukum dan menabur fitnah tanpa membuat sebarang siasatan terhadap sesuatu
Oleh itu, kita perlulah saling mengingati satu sama lain cara bagaimana Islam mengajar kita untuk menegur kesalahan orang lain.
Sesungguhnya teguran perlu dilakukan oleh seorang Islam kepada orang Islam yang lain
Dari Abu Sa’id Al Khudri r.a berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Siapa yang melihat kemungkaran maka rubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka rubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.”
1. Memberi kesedaran
Allah s.w.t berfirman: "Dan Allah sekali-kali tidak akan menyesatkan suatu kaum, sesudah Allah memberi petunjuk kepada mereka hingga dijelaskan-Nya kepada mereka apa yang harus mereka jauhi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah at-Taubah: 115)
Iaitu dengan membantu seseorang itu sedar akan kesan buruk yang boleh berlaku jika dia tetap melakukan kesalahan itu.
2. Menyampaikan nasihat
Memberi nasihat memang perlu sekiranya seseorang itu melihat oran lain melakukan kesalahan. Cara menyampaikan nasihat dilakukan Rasulullah s.a.w. semasa berlakunya dimana seorang pemuda melakukan zina. Selain itu, semasa Rasullah s.a.w menasihati orang Arab yang kencing di Masjid. Ia menunjukkankan bahawa nasihat adalah cara menegur sebelum apa-apa tindakan lain.
3. Peringatan keras/kecam
Peringatan secara keras atau kecaman hanya perlu dilakukan sekiranya nasihat secara lisan tidak berkesan ke atas orang yang melakukan kesalahan. Ia boleh dilakukan dengan dua cara iaitu dengan memberi kecaman hanya jika tiada cara lain dan jika nasihat secara halus tidak dapat mempengaruhi si pelaku kesalahan.
4. Dengan kekuatan/tangan
Sekiranya dua langkah sebelum ini tidak diendahkan, tindakan dengan menggunakan tangan (memukul) perlulah dilakukan. Walau bagaimanapun, orang yang menggunakan kuasa itu haruslah seseorang yang tidak melakukan kesalahan yang sama. Penting untuk diketahui bahawa hukuman secara memukul hanya dilakukan mengikut keperluan dan tidak berlebihan.
5. Doa untuk orang itu
Akhir sekali, sekiranya memberi kesedaran, menasihati secara lisan, kecaman dan memukul tidak berjaya merubah seseorang itu, cara yang akhir sekali adalah dengan mendoa kepada Allah s.w.t untuk kebaikan orang itu. Sesungguhnya hanya Allah s.w.t yang boleh merubah seseorang itu dan sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Pengampun.
2. Jangan membuka keaiban orang lain
Salah kalau tegur seseorang itu secara terbuka atau menceritakan kelemahan orang itu kepada orang lain.
3. Perlu lihat kesesuaian waktu dan tempat
Perlu juga melihat kedudukan orang yang ditegur itu. Ia menentukan cara untuk menegur seseorang itu sama ada sesuai ataupun tidak.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!