"Biadabnya!" - Ini 5 Panduan Untuk Ibu Bapa Terapkan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Rumah
Pahit tetapi inilah realiti generasi sekarang, tidak beradab!
Generasi kini berada pada tahap yang sangat membimbangkan ibu bapa dan masyarakat
Baru-baru ini kita telah digempari dengan berita-berita remaja yang sangat biadab. Tular beberapa video dan gambar sekumpulan remaja yang tidak mempunyai kesantunan diri. Perkara ini justeru sangat membimbangkan semua pihak.
Salah satu gambar memaparkan sekumpulan pelajar SPM yang bertindak untuk menconteng baju sekolah dengan perkataan kesat kononnya untuk menyambut hari terakhir setelah selesai mengambil Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Dengan tidak malunya ingin menunjukkan kebebasan di hadapan semua masyarakat.
Isu yang lebih membimbangkan apabila terdapat remaja yang cuba memperlekehkan dan menyakiti seorang warga emas. Malah bertindak untuk membuang kotak dan membuang sampah atas kepala warga emas tersebut.
Mengapa mereka berkelakuan sebegini?
Menurut Founder Parent Connect, Puan Noor Afidah Abu Bakar, terdapat beberapa punca yang menyebabkan anak-anak kini bertindak luar kawalan. Antarannya ialah:
1. Mengikuti trend sehingga terpengaruh dengan kandungan yang dipaparkan oleh internet
2. Kurang perhatian daripada ibu bapa
3. Antisosial, meluangkan masa bersama gajet berbanding dengan rakan atau ahli keluarga secara bersemuka
4. Menganggap bahawa semua kandungan internet adalah betul
Perkara ini telah menyebabkan kanak-kanak zaman kini lebih bertindak agresif dan kurang berbudi bahasa. Lebih-lebih lagi, kanak-kanak sekarang lebih banyak meluangkan masa di sekolah dengan guru dan rakan-rakannya.
Oleh itu, ibu bapa jarang melihat kelakuan sebenar anak-anak mereka. Malah, terdapat ibu bapa yang merasakan anak mereka tidak pernah berbuat jahat dan mempercayai 100% terhadap mereka.
1. Meluangkan masa bersama anak-anak
Dengan meluangkan masa lebih bersama anak-anak, mereka akan rasa dihargai dan disayangi. Tetapkan masa pada hari minggu untuk adakan hari keluarga. Keluar makan dan membuat aktiviti yang spesial sudah memadai.
2. Kenali sifat sebenar anak-anak
Ambil masa untuk kenal anak-anak. Dengan cara ini, mungkin ibu bapa akan menyedari tingkah laku negatif anak-anak yang boleh diperbaiki pada masa akan datang. Bak kata melentur buluh biarlah dari rebungnya.
3. Beri perhatian lebih semasa mereka memerlukan kita
Jika anak-anak mempunyai luahan hati yang perlukan kita sebagai ibu bapa untuk dengar, luangkan sedikit masa. Mereka juga tidak sanggup memendam lama tentang perasaan dan masalah yang dihadapi. Sebagai ibu bapa pula, sentiasa siap sedia apabila diperlukan dan jangan memaksa anak untuk luahkan perasaan.
4. Jangan menghukum anak-anak dengan melulu
Dengar dahulu penjelasan mereka, perkara ini boleh membina kepercayaan dan kebergantungan yang tinggi.
5. Akhir sekali, dengar luahan hati anak-anak
Kadang kala, anak-anak memerlukan perhatian daripada ibu bapa untuk mereka menceritakan apa yang telah berlaku di sekolah. Sebagai ibu bapa, kita perlu dengar dan sentiasa cuba untuk memahami mereka. Semoga tips yang dikongsikan ini dapat dipraktikkan oleh ibu bapa.
Penulis: Adinna
Kool FM memberi anda segala berita terkini, isu-isu semasa yang trending dan juga berita hiburan yang terbaru.
Dengarkan topik menarik di Kool FM dengan hanya klik di SINI!