seismik

5 Tempat 'Workout' Komuniti Di Kawasan Lembah Klang Secara PERCUMA!

Sesuai bagi mereka yang sukakan variasi dalam rutin senaman.

Cover image via Shape

Seperti yang kita semua sedia maklum, senaman memang sangat penting dalam kehidupan kita tetapi kita selalu ambil mudah tentang perkara ini

Community Workout merupakan aktiviti senaman yang biasanya dilakukan secara percuma dan beramai-ramai tanpa mengira tahap kecergasan anda

Aktiviti seperti community workout ini memang sangat bagus untuk memupuk cara hidup yang lebih sihat!

Biasanya, aktiviti ini tidak dikenakan bayaran dan sesuai bagi mereka yang tidak mahu terikat dengan apa-apa kontrak gimnasium yang seringkali menjadi terlalu mahal.

Senaman berkumpulan ini juga biasanya lebih meriah dan kita akan sering dapat sokongan yang lebih kuat!

Dah sedia nak sihat? Jom checkout senarai ini! :

1. Lululemon

Bayaran: Tiada

Image via Lululemon

Syarikat pakaian sukan ini menganjurkan senaman yang berlainan setiap minggu seperti yoga,pilates, latihan HIIT dan latihan kecergasan pada setiap hari Sabtu, di outlet mereka di Bangsar.

Aktiviti ini diketuai oleh pengajar berpengalaman secara sukarela dari pelbagai studio tempatan yang ingin berbakti kepada masyarakat.  

Dan semasa anda berada di sana, jangan lupa untuk mencuri masa dan lihat koleksi pakaian mereka! 

2. Yoga with Robyn Lau

Bayaran: Tiada

Image via Robyn Lau

Aktiviti yoga ini berjalan pada setiap hari Sabtu di Uppercase atau Bookmark @ APW Bangsar dari pukul 9 pagi hingga 10 pagi, kelas yoga komuniti ini terbuka untuk semua.

Tiada bayaran dikenakan dan anda hanya perlu bawa tikar yoga anda serta air untuk kekal hidrat!

Info lanjut: Robyn Lau Yoga

3. Fitcamp Malaysia

Bayaran: Tiada

Kumpulan yang diterajui oleh Coach Firdaus ini bertujuan untuk menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bentuk latihan yang dijalankan terdiri daripada aktivit kardio, intensiti tinggi dan pelbagai lagi. Ia dijalan sebanyak dua kali seminggu di Shah Alam.

Kumpulan ini juga melahirkan sebuah komuniti yang besar dan yang penting ia percuma! 

Info lanjut: Fitcamp Malaysia

4. RUN89 Crew

Bayaran: Tiada

Image via RUN89/Facebook
Image via RUN89/Facebook

Sekiranya anda berminat dengan larian dan mahu melakukannya dengan kumpulan yang mempunyai minat yang sama, ini sangat sesuai untuk anda!

The Run89 Crew telah ditubuhkan pada tahun 2013 dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang suka kan acara larian.

Selain aktiviti jogging, terdapat juga sesi kardio dan penurunan berat badan. Aktiviti ini dijalankan di Desa Parkcity setiap hari Selasa dan Jumaat. Jom cuba!

Info lanjut: RUN89 Crew

5. Freeletics Malaysia

Bayaran: Tiada

Freeletics menganjurkan latihan berintensiti tinggi yang boleh dilakukan di mana sahaja dan bila-bila masa.

Semua latihan dan senamaman hanya menggunakan berat badan tanpa menggunakan sebarang alatan atau mesin. 

Aktiviti ini dijalankan secara road tour, dan mereka akan menjelajah ke seluruh Malaysia!

Info lanjut: Freeletics Malaysia

Macam mana semua? Rasa bersemangat tak untuk bersenam?

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi berita dan cerita kesihatan yang menarik dari SEISMIK!

You may be interested in: