seismik

6 Jenis Cuti Wajib Yang Berhak Diberikan Majikan Kepada Pekerja

Semoga bermanfaat kepada semua.

Cover image via Institut Masa Depan & Yahoo Malaysia

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan bahawa cuti bukanlah hak pekerja dan ia adalah satu kemudahan yang diberikan oleh kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam

Dalam visual dimuat naik bersama ciapan itu, JPA memaklumkan terdapat perbezaan antara cuti tahunan, cuti sakit dan kebenaran tidak hadir kerja atas sebab-sebab kecemasan am.

Menurut JPA, kadar kelayakan Cuti Rehat adalah 20, 25, 30 atau 35 hari setahun tertakluk kepada peraturan berkuat kuasa.

Percaya atau tidak, bukan semua pekerja tahu berkaitan cuti yang berhak untuk mereka. 

Jadi, hari ini kami di SEISMIK akan berkongsikan 6 jenis cuti wajib yang berhak diberikan oleh majikan untuk para pekerja mereka mengikut Akta Pekerja 1955.

1. Cuti tahunan bergaji

Mengikut Seksyen 60E (3B) termaktub di dalam Akta Kerja 1955, bilangan cuti tahunan yang diperuntukkan tidak sah sekiranya pekerja gagal hadir bekerja tanpa alasan munasabah sebanyak 10% daripada jumlah kehadiran sepatutnya bagi tahun perkhidmatan semasa.

Bahagian yang sama juga menerangkan jumlah cuti tahunan yang berhak ke atas pekerja iaitu:

  • 8 hari untuk pekerja yang bekerja kurang dari 2 tahun;
  • 12 hari untuk pekerja yang genap 2 tahun bekerja dengan majikan, tetapi kurang dari 5 tahun; dan
  • 16 hari untuk perkhidmatan melebihi 5 tahun atau lebih.

Gambar sekadar hiasan

Image via Khaleej Times

2. Cuti bersalin

Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 telah meluluskan fasal 12 iaitu pemanjangan cuti bersalin untuk pekerja wanita yang mengandung sebanyak 98 hari. Mereka juga berhak mendapat elaun bersalin dengan kadar gaji biasa mengikut syarat kelayakan seperti berikut:

  • Anak tidak melebihi 5 orang;
  • Dalam perkhidmatan tidak kurang dari 90 hari (3 bulan) dalam tempoh 9 bulan mengandung;
  • Diambil bekerja dalam tempoh 4 bulan sebelum bersalin;
  • Memaklumkan tarikh mula bersalin dalam tempoh 60 hari sebelum (jika tidak ada makluman, majikan berhak menyekat elaun bersalin);
  • Usia kandungan tidak kurang 22 minggu (5 bulan 14 hari) – sama ada bersalin, gugur, hidup atau mati.

Gambar sekadar hiasan

Image via Hello Doktor

3. Cuti paterniti

Jika pekerja wanita mendapat kelayakan cuti materniti atau cuti bersalin, pasangan mereka pula iaitu pekerja lelaki berhak mendapat cuti paterniti. 

Cuti ini khas untuk pekerja lelaki dalam penjagaan isteri dan anaknya yang baru dilahirkan dengan tempoh secukupnya. Tambahan pula, cuti paterniti ini amat penting dalam membantu pengawalan emosi isteri serta menunjukkan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.

Menurut pindaan 60FA akta yang telah diluluskan di dalam Dewan Rakyat, pekerja lelaki yang telah berkahwin layak mendapat cuti paterniti sebanyak 7 hari pada kadar gaji biasa mereka dengan syarat:

  • Terhad kepada 5 kali berpantang;
  • Berkhidmat dengan majikan yang sama sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum permulaan cuti; dan
  • Memaklumkan kepada majikan tentang kehamilan 30 hari dari jangkaan berpantang atau seawal mungkin selepas kelahiran.

Gambar sekadar hiasan

Image via ISMAweb

4. Cuti rehat mingguan

Mana-mana pekerja perlu dibenarkan untuk mendapat sekurang-kurangnya satu hari rehat pada setiap minggu. Ini termaktub di dalam Akta Pekerja 1955 Bahagian 59. 

Jika pekerja diarah oleh majikan untuk bekerja pada hari tersebut, bayaran tambahan perlu dibuat (rujuk Seksyen 60(3) Akta Kerja 1955).

Kalau anda merupakan seorang pekerja dan tidak pernah mendapat cuti rehat pada setiap minggu bekerja, anda boleh adukan isu ini ke Jabatan Buruh.

Anda seharusnya cakna tentang pindaan akta terkini supaya majikan tidak sewenang-wenangnya menggunakan tenaga kerja anda dengan PERCUMA!

Gambar sekadar hiasan

Image via Positive Routines

5. Cuti umum bergaji

Mesti anda tertanya-tanyakan hari apa sahaja yang menjadi cuti umum atau kelepasan am untuk pekerja bukan?

Untuk pengetahuan anda, bahagian 60D di dalam akta memperuntukkan 11 hari cuti umum berbayar dan antara 5 daripadanya adalah:

  • Hari Kebangsaan;
  • Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong;
  • Hari Keputeraan Yang Di-Pertua Negeri atau Pemerintah;
  • Hari Buruh; dan
  • Hari Malaysia.

Di samping itu, menurut Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951, pekerja berhak mendapat cuti kelepasan am pada mana-mana hari yang telah ditetapkan pada tahun berkenaan.

Gambar sekadar hiasan

Image via Informal Newz

6. Cuti sakit bergaji

Sekiranya anda jatuh sakit, anda sebenarnya layak mendapat cuti bergaji. Menurut Seksyen 6F, Akta Pekerja 1955, pekerja berhak menerima cuti sakit seperti tertera di bawah:

  • Perkhidmatan kurang 2 tahun, 14 hari;
  • Genap 2 tahun tetapi kurang dari 5 tahun, 18 hari;
  • 5 tahun dan lebih, 22 hari.

Sebagai tambahan, jika pekerja memerlukan rawatan di hospital, dia berhak mendapat cuti bergaji tidak melebihi 60 hari. 

Perlu diingatkan, kelayakan cuti sakit ini tidak boleh diproratakan jika pekerja meninggalkan syarikat pada tahun tersebut.

Gambar sekadar hiasan

Image via Pngtree

Ketahui hak anda sebagai pekerja, semua orang berhak untuk cuti dan rehat

Anda sudah jelas bukan dengan kelayakan cuti yang berhak ke atas pekerja mengikut Akta Pekerjaan 1955?

Sebenarnya, ada juga cuti yang lain yang tidak digubal di dalam akta seperti cuti kecemasan, cuti belajar, cuti sukarelawan, dan sebagainya. 

Cuti-cuti berkenaan tidak dinyatakan di dalam akta tetapi sekiranya anda mahu semak jika majikan anda menetapkan cuti-cuti tersebut, anda boleh rujuk polisi syarikat anda bekerja. Selamat bercuti!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: