5 Negeri Di Malaysia Ini Tidak Akan Cuti Umum Pada 1 Januari 2024
Siapa yang duduk dekat lima negeri ni kena bekerja macam biasa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ramai rakyat Malaysia sedang bersiap sedia untuk tahun baru yang akan datang dan sibuk merancang percutian bersama keluarga
Tetapi, tahukah anda bahawa hari Isnin, 1 Januari 2024, bukanlah cuti umum kebangsaan?
Walaupun kebanyakan negeri di Malaysia akan menikmati cuti sehari, pejabat dan jabatan kerajaan di lima negeri ini tetap akan beroperasi seperti biasa:
- Johor
- Kedah
- Terengganu
- Kelantan
- Perlis
Jika anda bekerja dengan syarikat swasta di lima negeri ini, adalah lebih baik jika anda mengesahkan dengan majikan sama ada syarikat anda akan bercuti pada Hari Tahun Baru atau tidak
Sebaliknya, negeri-negeri lain akan menikmati cuti tiga hari bermula dari Sabtu, 30 Disember 2023 sehingga Isnin, 1 Januari 2024.
Bagi mereka yang bekerja di Lembah Klang dan ingin pulang ke kampung halaman untuk berehat panjang, pastikan anda merancang perjalanan dengan bijak!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!