seismik

Tular Roti Canai Kayangan RM9 Sekeping Ini Cetus Perdebatan Warganet

Dia guna tepung dari overseas kot, hmm.

Cover image via Hairil Aien (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah memuat naik harga roti canai yang dipesannya di sebuah kafe dengan harga mencekik darah

Difahamkan, dia dan anaknya menikmati sarapan pagi di kafe itu dengan memesan sepinggan nasi lemak, sekeping roti telur dan dua keping roti canai.

Apa yang membuatkan dia terkejut adalah apabila mendapati harga roti telur tersebut mencecah RM11 sekeping dan roti canai pula berharga RM9 sekeping.

"Roti di awangan berterbangan. Roti 1800 meter," katanya.

"Fuhh guna tepung marjerin apa roti tu" - Netizen

Susulan tularnya posting berkenaan, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mengenai harga cekik darah yang dikenakan oleh kafe itu.

Lihat posting penuh di bawah:

Pelik ya, nasi lemak lagi murah daripada roti. Memang cekik darah!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: