seismik

"Bila Hang Tak Boleh Beza Microwave Dengan Oven" - Gadis Terciduk Tengok Corndog Rentung

Alamak! Mungkin dia terlupa kot.

Cover image via @mrgelato_00 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, ada orang bila tengah lapar semua benda yang dibuat serba serbi tak kena

Iyalah, perut dah berkeroncong minta makanan. Kadangkala kita sampai tak fikir panjang sebelum membuat apa-apa keputusan.

Seperti yang terjadi kepada gadis ini apabila corndog yang dibelinya menjadi rentung akibat terlalu lama dipanaskan dalam microwave.

Menerusi perkongsian video daripada @mrgelato_00, kelihatan gadis itu tercengang berdiri di depan corndognya yang sudah rentung.

Difahamkan, dia memanaskan corndog tersebut terlalu lama di dalam microwave sehingga tidak sedar ia menjadi hangus seperti arang dan tidak boleh dimakan.

Insiden itu membuatkan si perakam membahannya dengan menulis "POV hang tak boleh beza microwave dengan oven" di video berkenaan.

Sementara itu, warganet turut memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut

Lihat video itu di bawah:

@mrgelato_00

tak semua kita nak boleh dapat dik

original sound - qehmendes - qehmendes

Aduhai, sabar jelah ya kak. Benda pun dah hangus, tak ada rezeki nak makan corndog :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: