seismik

Sampai Buka Pintu Keluar Kereta, Gelagat Abang Ajar Adik Cara Makan Corndog Bikin Dekah

Tarik sampai langit!

Cover image via @haziqjohar (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi peminat corndog, sudah tentu anda tahu ia terkenal gara-gara terdapat cheese tarik di dalamnya bukan?

Salah satu jenama corndog terkenal di Malaysia sekarang adalah Moza Crunch. Ia terdapat beberapa flavour dan cheese di dalamnya memang tidak dinafikan sangat banyak. Jadi, tidak hairanlah jika tagline mereka "Tarik Sampai Langit".

Namun, tular sebuah video baru-baru ini memaparkan gelagat adik beradik makan Moza Crunch di dalam kereta telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Cheese panjang sangat, abang siap suruh adik tarik sampai buka pintu kereta

Menerusi video yang dimuat naik oleh @haziqjohar, kelihatan dia dan adiknya baru saja membeli corndog di cawangan Moza Crunch Parit Sulong.

Apa yang membuatkan ramai berdekah adalah apabila si adik mencuba untuk menarik cheese di dalam corndog tersebut. Ternyata, cheese itu sangat banyak dan memang boleh ditarik panjang-panjang.

Lebih melucukan lagi, si abang pula siap menyuruh adiknya membuka pintu kereta dan sambung tarik cheese di dalam corndog itu sehingga putus.

"Dengar cerita dah sampai Seremban, tarik sampai Melaka dik haha" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 892.7K views, 67.5K likes dan 555 shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat adik beradik itu yang gigih nak makan corndog.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Adik dia siap dah buka pintu kereta betul-betul tu, adoi lawaklah! Nak buat eksperimen ke apa :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: