seismik

[VIDEO] Anak Pasrah, Ayah Buat Perangai Kejut Sahur Siap Pasang Lagu Di Speaker & Berjoget

Comel je ayah dia.

Cover image via @adebonbon (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, salah satu perkara yang kita digalakkan untuk buat adalah sahur

Tidak kiralah penat dan mengantuk macam mana sekalipun, kita pasti akan menyesal jika terlepas sahur kerana akan berlapar sepanjang hari.

Selalunya, ibu bapalah yang akan mengejutkan anak-anak bangun sahur. Namun, lain pula cara seorang pak cik ini mengejut anaknya sahur telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ayah siap pasang speaker dalam bilik, berjoget sambil tunggu anak bangun sahur

Menerusi video yang dimuat naik oleh @adebonbon, kelihatan ayahnya membawa sebuah speaker besar ke dalam biliknya dan memasang lagu rancak dengan kuat.

Tujuan si ayah adalah untuk mengejut anaknya supaya bangun sahur. Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila pak cik itu siap berjoget dan bercakap menggunakan mikrofon untuk memastikan si anak terjaga.

Perkara tersebut telah membuatkan anaknya tidak mampu untuk berkata apa-apa melihat perangai comel ayahnya.

"Ayah saya tak payah susah-susah, dengar tapak kaki dia roh kita yang bangun dulu" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 11.6M tontonan, 1.8M tanda suka serta 21.6K perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur dengan gelagat comel pak cik tersebut. Malah, ada yang berkata gelagatnya itulah yang akan dirindui jika dia sudah tiada nanti.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Mesti ayah dia dah buat macam-macam cara nak kejut anak bangun sahur tapi tak jalan, last-last pakai speaker terus :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: