seismik

"Insaflah Oyen, Ramadan Nak Dekat" - Gelagat Kucing Tidur Tengok Ceramah Ini Undang Dekah

Amboi Oyen, tengok drama kemain laju ya.

Cover image via @nemo_junior (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Percaya atau tidak, kucing sebenarnya pandai menonton televisyen (TV) dan boleh faham dengan apa yang mereka lihat

Kadangkala, mereka boleh terleka menonton TV sehingga tidak menghiraukan keadaan sekeliling kerana terlalu menghayati sesebuah rancangan itu.

Namun, lain pula gelagatnya dengan seekor kucing ini apabila dia tertidur semasa menonton ceramah agama telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Oyen sakan tengok drama burung, tapi bila ceramah agama terus tertidur

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nemo_junior, kelihatan si Oyen sedang leka menonton TV yang memaparkan drama burung kegemarannya.

Apa yang menghiburkan adalah apabila tuannya menukar siaran lain iaitu ceramah agama, Oyen dilihat tertidur lena di depan TV.

Bukan itu saja, gayanya yang baring meniarap seolah-olah terlalu penat itu turut membuatkan ramai berdekah melihatnya. Malah, ada yang berseloroh menyamakan gelagatnya dengan manusia biasa yang selalu mengantuk setiap kali mendengar ceramah.

"Dia bukan tidur la, dia menghayati ceramah tu. Sambil pejam, sambil dengar ceramah and zikir dalam hati. Tak baik la fitnah Oyen, haha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 110.2K tontonan, 16.1K tanda suka dan 529 perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat Oyen yang tidak ubah seperti manusia itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak pernah tak terhibur tengok perangai Oyen ni tau, banyak betul akal dia! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: