seismik

[VIDEO] Penat Tangkap Tikus Sekali Terlepas, Gelagat Oyen Menangis Ini Buat Ramai Terhibur

Alahai kesiannya Oyen.

Cover image via @cat_dog.story (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya, kucing akan menangkap lipas atau tikus sebagai hadiah kepada tuan mereka

Namun, berbeza pula dengan situasi seekor kucing Oyen ini apabila berjaya menangkap seekor anak tikus dan lain yang terjadi akhirnya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Baru dapat tangkap anak tikus, sekali terlepas pula

Menerusi video yang dimuat naik oleh @cat_dog.story, kelihatan kucing itu baru saja membawa pulang seekor anak tikus buat tuannya.

Namun, hasil tangkapannya bertukar menjadi situasi lucu apabila anak tikus itu terlepas daripada si Oyen gara-gara ia meletakkannya sementara ingin menikmati makanan yang diberi oleh tuannya.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila reaksi spontan Oyen menangis dengan teruk kerana terlepas anak tikus itu. Air matanya dilihat sangat deras seperti betul-betul sedih akan kecuaiannya.

Ternyata, video berkenaan tular sehingga kini meraih 18.9M views, 2.4M likes dan 63.9K shares di TikTok

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lucu dan comel si Oyen.

Malah, ada yang meminta tuannya mencari kembali anak tikus itu dan memulangkan kepadanya semula.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Beria betul Oyen nangis ya, dah macam putus cinta je gayanya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: