seismik

Pemuda Ini Kongsi Reaksi Bila Mak Tak Bagi Makan Maggi, Ramai Pula Yang Dapat Relate

Mak korang pun macam ni juga ke?

Cover image via @esqand (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebut je tentang mi segera seperti Maggi, pasti ramai yang addicted dengannya terutama para pelajar

Iyalah, Maggi je makanan yang paling senang nak masak apabila berada di dalam bilik bersama kawan-kawan betul tak? Sedap pun sedap.

Namun, lain pula yang jadi dalam video ini apabila seorang pemuda berkongsi reaksinya apabila maknya melarang dari makan Maggi mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kongsi situasi bila mak-mak tak bagi makan Maggi

Menerusi video tersebut, kelihatan pemuda itu melakonkan situasi di mana mungkin ramai di antara kita pernah melaluinya semasa kecil dulu atau sehingga sekarang.

Golongan mak-mak selalunya tidak akan membenarkan anak mereka makan Maggi dengan kerap kerana bimbang akan menjejaskan pembelajaran anak.

Apa yang menghiburkan adalah apabila pemuda itu dilihat masuk ke dalam biliknya sambil menangis apabila hajatnya untuk makan Maggi tidak kesampaian. 

Lebih melucukan lagi, dia siap melompat berulang kali seperti kanak-kanak kerana terlalu sedih tidak dapat makan Maggi.

"Lepas tu rasa berdosa makan senyap-senyap dalam bilik. Ibu saya air gas pun dia tak bagi minum" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini telah mendapat 1.5M views, 305.9K likes dan 14.5K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi pemuda berkenaan.

Malah, ramai yang dapat relate dengan situasi yang sama pernah terjadi kepada mereka semasa belajar dulu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tapi memang betul pun, asal nak makan Maggi je mesti mak kita ugut kata nanti belajar tak pandai. Betul tak? :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: