seismik

Driver Grab Dapat Pujian Ramai, Sempat Video Call Kekasih Masa Hantar Penumpang Perempuan

Pandai dia jaga hati, terbaiklah!

Cover image via @walawa.__ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dalam setiap hubungan percintaan, kesetiaan adalah amat penting bagi kedua-dua pihak

Tidak kiralah bercinta jarak dekat ataupun jauh, masing-masing perlu tahu menjaga batas dan hati pasangan sendiri untuk mengelakkan salah faham di kemudian hari.

Sama seperti sebuah video yang tular baru-baru ini apabila seorang pemandu Grab dipuji ramai kerana setia walaupun membawa penumpang perempuan telah mendapat perhatian di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

@walawa.__ abang grab izinkan saya record kecomelan ini #fyp Terluka tapi tak berdarah - m g d l n

Penumpang rakam senyap-senyap dari belakang, rupa-rupanya sedang video call dengan kekasih

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna bernama @walawa.__, kelihatan gadis itu sedang menaiki sebuah Grab untuk menuju ke destinasinya.

Tetapi, apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia berkongsi gelagat pemandu Grab tersebut yang agak berbeza daripada pemandu lain yang ditemuinya sebelum ini.

Rupa-rupanya, pemandu itu bukan saja sedang melihat aplikasi nagivasi pada telefonnya, malah dia juga dilihat gigih membuat panggilan video bersama seseorang yang dipercayai kekasihnya.

Oleh sebab itu, gadis berkenaan kagum dan memuji effort pemandu tersebut dalam menjaga hubungan bersama buah hati walaupun sibuk bekerja.

"Lucky her, busy macam mana pun still tak biarkan girlfriend dia menunggu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini telah mendapat 636.3K views, 84.5K likes dan 1.4K shares di TikTok, rata-rata netizen turut memuji sikap pemandu Grab berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Untung girlfriend driver tu, tak salah pun kalau dia nak video call asalkan kerja jalan :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: