Kucing Lari Elak Mandi, Tapi Gelagat Anjing Settlekan Masalah Tuannya Pula Dapat Perhatian
Muka cik meow pasrah je last-last tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebiasaannya, kucing dan anjing pantang berjumpa kerana akan bergaduh
Apabila sebut tentang mandi, kucing sememangnya seekor haiwan peliharaan yang agak sukar untuk mandi berbanding anjing.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan kucing yang lari dari tuannya yang ingin memandikannya telah menjadi tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bukan main cabut lari tak nak mandi, sekali si anjing tolong tuan perangkap cik meow
Menerusi video yang dimuat naik oleh @meoww_cattt, kelihatan kucing itu berada di dalam bilik air bersama tuannya untuk sesi mandi.
Namun, ia dilihat melarikan diri apabila kakinya terkena air itu. Tidak lama kemudian, datang pula seekor anjing membawa tong sampah berwarna hitam kepada tuannya.
Rupa-rupanya, tong sampah itu dijadikan sebagai alat untuk perangkap si kucing supaya ia tidak lari lagi. Pada akhir video, anjing itu dilihat memegang tong sampah sambil kucing itu dimandikan oleh tuan mereka dengan membuat muka pasrah.
"Bila adik degil, abang datang tolong haha" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sehingga 11.5M tontonan, 1.6M tanda suka dan 58.3K perkongsian di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat comel anjing dan kucing itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!