seismik

"Nampak Real!" - Video Avengers Lepak Makan Dekat Rumah Pemuda Ini Buat Ramai Tertipu

"Ni paling smooth pernah tengok" - Netizen.

Cover image via @engkuhykal (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa je yang tidak mengenali watak-watak dalam cerita Avengers bukan?

Antara watak utama adalah Iron Man, Captain America, Thor, Black Widow, Hulk dan ramai lagi. Para penonton setia memang akan tertunggu-tunggu setiap kali cerita itu ditayangkan di panggung wayang.

Namun, baru-baru ini tular pula sebuah video di TikTok memaparkan geng Avengers makan dan melepak di rumah seorang pemuda di Malaysia.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sekali pandang mati-mati ingat Avengers betul-betul datang makan, rupa-rupanya edit je

Menerusi video yang dimuat naik oleh @engkuhykal, kelihatan geng Avengers itu sedang duduk satu meja sambil menikmati makanan yang dihidang oleh pemuda tersebut.

Malah, pemuda itu juga dilihat ulang-alik ke dapurnya untuk menghulurkan nasi dan air kepada mereka.

Jika dilihat pertama kali, kita memang akan tertipu dengan editing pemuda itu yang sangat hebat kerana situasi di rumahnya memang nampak real!

Ternyata, video berkenaan berjaya meraih sehingga 16.2M views, 1.9M likes dan 77.2K shares di TikTok

Malah, ia turut mendapat perhatian daripada TikToker dari luar negara. Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen hampir tertipu dengan video tersebut.

Pemuda itu juga mendapat banyak pujian kerana pandai menyunting salah satu babak dalam cerita Avengers seolah-olah mereka berada di dalam dapur rumahnya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Patutlah video dia viral, memang nampak real betul. Hebatlah! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: