Minta Netizen Edit Gambar Kedai Bagi Nampak Ramai Customer, Hasilnya Pula Menghiburkan
Netizen Malaysia pula tak pernah nak serious!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
TikTok merupakan aplikasi di mana pengguna menunjukkan bakat dan koleksi video mereka bersama kawan atau keluarga
Tidak kurang juga dengan bakat lawak semula jadi oleh para netizen Malaysia apabila mereka ingin membahan sesuatu gambar atau pun video orang lain.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang mak cik memuat naik gambar di depan kedainya yang tidak mempunyai pelanggan menerusi laman Facebook.
Dia telah meminta tolong netizen untuk menyunting gambar itu agar kedainya kelihatan ramai pelanggan dan nampak meriah. Tetapi, lain pula yang jadi.
Lihat video penuh itu di bawah:
Minta tolong netizen editkan gambar, sekali macam-macam pula yang keluar
Menerusi perkongsian video daripada @shimanasir91, kelihatan mak cik itu memuat naik gambar dalam group Facebook Edit Apa Hari Ni? di depan kedainya yang nampak kosong kerana tiada pelanggan.
Dia juga menulis kapsyen "boleh tolong edit tak, bagi nampak customer ramai". Dengan sebanyak 5.1K tanda suka dan 1.3K komen di ruangan Facebook, para netizen dengan rela hati menolong mak cik itu edit gambar tersebut.
Tetapi, rakyat Malaysia yang tidak pernah serius telah menyunting gambar itu menjadi lucu. Pelbagai gambar yang keluar, antaranya di stadium bola, rumah Spongebob Squarepants dan macam-macam lagi.
"Yang last tu paling kreatif hahaha, sabar ya mak cik ini semua ujian" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.7M views, 290K likes dan 6.8K shares di TikTok, rata-rata netizen di TikTok turut terhibur melihat tahap kreativiti netizen di Facebook.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Aduhai, senak perut tengok masing-masing punya level editing, mesti mak cik tu menyesal minta tolong :D