seismik

Tular Pemuda Ini Mandi Di Sungai Jernih, Tapi Skill Berenangnya Pula Curi Tumpuan Netizen

"Keturunan mermaid ni" - Netizen.

Cover image via @rentakkembara (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini, kerajaan baru saja mengumumkan kebenaran merentas negeri dan itu merupakan berita baik buat rakyat Malaysia

Sudah semestinya, industri pelancongan menjadi tumpuan utama bagi semua orang kerana ramai yang tidak sabar untuk bercuti bersama keluarga dan kawan-kawan.

Mana tidaknya, semua sudah panas punggung ingin berjalan kerana sudah berbulan-bulan berkurung di rumah demi memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Namun, lain pula yang jadi dalam sebuah video viral ini apabila seorang pemuda sakan mandi di sungai jernih telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@rentakkembara

Lokasi rahsia....kalau bg tau penuh lak sampah... X percaya aku korang neh... ##fyp ##travel ##sampah ##viral

original sound - gagasan nusantara - Rentak Kembara

Sakan mandi di lokasi rahsia, lain pula yang jadi tumpuan ramai

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rentakkembara, kelihatan pemuda itu sedang bermandi-manda di sebuah kawasan sungai yang tidak diketahui lokasinya bersama keluarganya.

"Lokasi rahsia, kalau bagitahu penuh pulak sampah. Tak percaya aku korang ni," katanya.

Bukan saja sungai itu jernih dan seronok untuk berkelah bersama keluarga, tetapi skill pemuda itu berenang juga telah berjaya mencuri perhatian orang ramai.

Caranya melompat ke dalam air serta menyelam dikatakan persis seperti duyung kerana badannya sangat lembut dan elastik.

"Betul la kot dia ni keturunan duyung. Tengok part last, tak biasa pakai kaki lagi tu haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 1.2M views, 182.7K likes dan 3.4K shares di TikTok, rata-rata netizen turut kagum melihat skill duyung pemuda itu.

Malah, ada yang sempat berseloroh mengatakan dia memang keturunan duyung kerana tergelincir di hujung video konon tidak biasa menggunakan kaki lagi.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Smooth betul ya dia berenang, agak-agak dekat mana lokasi sungai tu? Nak pergi!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: