Tular Video Tengah Syok Naik Buaian Dekat Sungai, Sekali Lain Pula Yang Jadi. Alamak!
Aduh sakit tu, tapi lebih kepada malu rasanya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Aktiviti berkelah di sungai bersama keluarga dan kawan-kawan sememangnya dapat menghilangkan stres setelah penat bekerja
Air sungai yang sejuk serta pemandangan hijau yang tenang dapat membuatkan kita lebih rileks menikmati waktu hujung minggu.
Lebih-lebih lagi kalau dapat mandi air terjun dan terdapat permainan air seperti buaian di kawasan sungai itu, pasti lagi syok bukan?
Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang gadis ini apabila dia terpaksa menahan malu ketika sedang bermain buaian di sungai bersama kawannya. Video itu telah tular di laman TikTok dan mencuri tumpuan ramai.
Lihat rakaman penuh tersebut di bawah:
Seronok nak hayun buaian laju-laju, sekali tergelincir jatuh
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna bernama Chino Bee, kelihatan dua orang gadis ketika itu sedang mandi di sungai manakala salah seorang daripada mereka menaiki buaian yang disediakan di situ.
Namun, sesuatu berlaku di akhir video tersebut sehingga mencetuskan dekah ramai. Gadis itu terlalu excited menghayun buaian dan apabila dia cuba terjun ke sungai, badannya pula terhentak dan tersangkut di palang buaian.
"Weh kesian, tapi maafkan saya tergelak. Percayalah dia lagi rasa malu daripada sakit" - Warganet
Selepas tularnya video tersebut yang kini meraih 249K views, 26K likes serta 732 shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat tragedi memalukan itu.
Ramai juga yang merasa kesian dengan gadis berkenaan, namun mereka tidak dapat menahan ketawa kerana cara dia jatuh itu sememangnya lucu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: