Perbualan Rancak Geng Mak Cik Ini Dalam Kereta Terbantut Bila Si Kelisa Cari Nahas. Lawak!
"Pengulas yang terbaik" - Netizen.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Zaman sekarang, ramai yang sudah mengambil langkah berhati-hati ketika berada di jalan raya dengan meletakkan dashcam pada kereta
Ianya bertujuan untuk merakam apa-apa kejadian yang berlaku tidak kiralah kemalangan atau kecurian.
Dashcam juga penting untuk dijadikan bukti sekiranya pihak polis meminta kita menjadi saksi sesuatu kejadian tersebut.
Namun, lain pula yang jadi baru-baru ini apabila tular satu video dari rakaman dashcam sebuah kereta geng mak cik di laman Facebook mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tengah bincang pasal majlis kahwin, tiba-tiba terus tukar topik lepas Perodua Kelisa buat hal depan kereta
Menerusi rakaman berdurasi 1 minit 36 saat yang dimuat naik oleh Zuliskandariah Khalid di laman Facebook miliknya, kelihatan semasa itu dia dan beberapa orang kawannya berada di dalam kereta menuju ke sebuah destinasi.
Mereka sedang rancak bersembang tentang majlis kahwin salah seorang ahli keluarga mereka. Namun perbualan itu terbantut apabila sebuah Perodua Kelisa secara tiba-tiba memotong masuk ke jalan mereka tanpa memberikan signal.
Malah, Kelisa itu bertindak melanggar Proton Wira yang sedang laju di lorong paling kanan sehingga Wira itu terangkat dan hampir terbalik akibat hentakan yang agak kuat.
Tetapi, apa yang lebih menghiburkan dan mencuri tumpuan ramai adalah apabila geng mak cik berkenaan menjerit dan memarahi pemandu Kelisa tersebut.
Suara mereka bukan main kuat namun salah seorang mak cik berkata kepada kawannya yang menjerit itu "kau hoi hoi, pintu tak bukak".
"Aku tengah fokus perbualan ni atau kemalangan ye? Bertukar terus suara haha" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 2.9K likes, 4.6K shares dan 138 comments di Facebook.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut dan tidak tahu nak fokus tengok kemalangan atau mendengar geng mak cik itu membebel.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Facebook: