Video Parodi Engku Emran Lamar Nabila Ini Curi Tumpuan Netizen. Plot Twist Paling Win!
Part last tu memang lawak!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Baru-baru ini, gempar satu Malaysia dengan perkahwinan Engku Emran dan Noor Nabila secara mengejut
Klip video Engku Emran melamar Nabila tular kerana dikatakan sangat romantis dan ramai yang tidak tahu mereka telah menjalinkan percintaan selama ini.
Lihat video lamaran tersebut di bawah:
Namun, tular pula satu video lain di laman TikTok beberapa hari lalu apabila sepasang suami isteri membuat parodi video lamaran itu
Aksi pasangan itu dikatakan sebiji macam Engku Emran melamar Nabila ketika mereka menaiki belon udara panas, tetapi kali ini lokasinya hanya di balkoni rumah saja.
Video tersebut berjaya menarik perhatian ramai dan mencetuskan tawa apabila si suami sempat menyelitkan adegan plot twist di hujung rakaman.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tunjuk kertas A4 minta isteri masak nasi sebab lapar
Menerusi video yang dimuat naik oleh Fadhzil Abidin, kelihatan dia dan isterinya sedang ‘acah-acah’ menaiki belon udara panas sama seperti apa yang dilakukan oleh Engku Emran dan Nabila.
Namun sebaik saja si suami menunjukkan kertas bersaiz A4 di luar balkoni, ayat yang tertera di situ ternyata bukanlah 'NIKOH JOM', tetapi sebaliknya 'MASAK NASI KEJAP BOLEH? ABANG LAPAR NI'.
Plot twist itu membuatkan isterinya ketawa besar dan si suami pun mengulang semula ayat menyuruhnya masak nasi kerana sudah lapar.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 437.8K views, 30.8K likes dan 3.7K shares di TikTok
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat parodi tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: