seismik

[VIDEO] Masuk Shopping Mall Berkain Pelikat, Wanita Ini Teruk 'Dihentam' Warganet

Sabar, baca dulu sampai habis.

Cover image via @04dzura (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti mana yang kita tahu, kain pelikat sangat sinonim dengan kaum lelaki

Kebiasaannya, kain pelikat sering dipakai di dalam rumah dan ada juga yang memakainya semasa lepak di kedai mamak jika baru pulang dari surau atau masjid.

Tetapi, berbeza pula dengan video viral di TikTok ini apabila seorang wanita nekad memakai kain pelikat sambil berjalan-jalan di shopping mall. Dia juga telah dikecam kerana fesyennya yang agak pelik.

Lihat video penuh itu di bawah:

Dikecam kerana masuk shopping mall berkain pelikat, wanita ini dedah cerita sebenar

Menerusi video yang dimuat naik oleh Nor Azura Yasin, kelihatan dia berjalan menuju ke arah sebuah pusat beli belah dengan berkain pelikat dan memakai T-shirt berlengan pendek.

Kapsyennya "janda pakai kain pelikat naik mall" telah mengundang pelbagai kecaman daripada netizen kerana ramai yang berpendapat dia tidak tahu malu berpakaian seperti itu.

Dia seolah-olah bangga dengan fesyennya yang kelihatan agak pelik dan tampil mendedahkan kisah sebenar mengapa dia berpakaian seperti itu setelah menerima beribu kecaman daripada netizen.

Nor Azura memberitahu bahawa bajunya basah gara-gara buat live dalam air, sebab itulah dia pakai apa yang ada saja untuk masuk ke dalam shopping mall dan ingin membeli baju baru.

Walau bagaimanapun, Nor Azura tidak melatah dan dia menerima komen daripada netizen dengan hati yang terbuka malah sempat berterima kasih kepada mereka. 

"Pakai kain pelikat tak salah, yang salah tu baju kecik sangat. Style la tu konon" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, ia telah mendapat 437.6K views, 6,658 likes dan 627 shares di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati hampir semua netizen mengecamnya kerana berpakaian tidak menutup aurat dan seolah-olah bangga memuat naik video tersebut.

Malah, ada yang free hair dan bukan Islam turut merasa malu melihat seorang wanita Muslim berpakaian seperti itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Memang pelik pakai T-shirt pendek dengan kain pelikat, tapi maafkanlah dia guys dia pun tak sengaja :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: