seismik

Dikecam Ajar Murid Menyanyi Lebih Dari Mengaji, Cikgu Ini Selamba Bidas Komen Netizen

Lain cikgu lain teknik mereka mengajar. Asalkan murid faham okaylah tu kan.

Cover image via @cikguayu_imtecer (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Guru merupakan 'pengganti' ibu bapa di sekolah dan harus mempunyai cara pendekatan yang kreatif untuk mengajar anak murid

Hal ini kerana kanak-kanak memerlukan hiburan untuk memahami apa yang diajar oleh guru supaya sesi pembelajaran mereka lebih efektif dan tidak membosankan.

Sejak kebelakangan ini, ramai cikgu mula dikenali dan popular menerusi aplikasi TikTok kerana menggunakan pelbagai cara kreatif untuk mengajar murid mereka.

Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini apabila seorang cikgu tadika agama dikecam gara-gara selalu mengajar anak murid dengan cara menyanyi dan bukan mengaji.

Lihat salah satu video penuh tersebut di bawah:

Ajar murid tadika menyanyi huruf vokal siap main tamborin

Menerusi rakaman dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Cikgu Ayu, kelihatan dia sedang mengajar anak muridnya mengenal huruf 'a, e, i, o, u' dengan teknik menyanyi.

Apa yang lebih menarik, Cikgu Ayu siap bermain tamborin dan menyanyi bersama-sama anak muridnya di dalam kelas.

Terima complaint anak lagi suka menyanyi dari mengaji, Cikgu Ayu tampil membalas komen negatif

Malangnya, bukan semua pihak boleh menerima cara Cikgu Ayu mengajar. Terdapat satu komen mengatakan anak mereka lebih gemar menyanyi berbanding mengaji. 

Hal itu menyebabkan Cikgu Ayu tampil menjawab soalan berbaur kecaman tersebut menerusi sebuah lagi video di laman TikToknya.

@cikguayu_imtecer

Balas kepada @syaryah_yayan

bunyi asal - Cikgu Ayu

"Sepatutnya bermula di rumah. Peranan mak ayah didikan agama, bukan cikgu yang mencorakkan anak-anak" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini meraih 382.8K views, 20.9K likes dan 514 shares di TikTok, rata-rata netizen menyokong cara Cikgu Ayu mengajar dan berpendapat teknik yang digunakannya itu sangat kreatif.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Best apa tengok cara Cikgu Ayu mengajar. Budak-budak pun enjoy je ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: