seismik

[VIDEO] "Buka Aib & Kutuk Pelajar" - Cikgu Ini Beri Nasihat Padu Buat Toxic Teachers

Tak sangka ada juga cikgu macam ni rupa-rupanya.

Cover image via @cikgudell (TikTok)

Guru merupakan insan yang paling dekat dengan kita semasa di alam persekolahan

Kadangkala hubungan antara guru dan pelajar boleh menjadi sangat rapat sehingga ada yang sampai menceritakan kisah peribadi terutamanya kepada guru kaunseling atas dasar kepercayaan.

Namun sebagai seorang yang bertanggungjawab menyimpan rahsia pelajar, guru sepatutnya menjaga batas dan juga tidak membuka aib seseorang pelajar itu kepada orang lain.

Itulah yang terjadi apabila seorang cikgu ini meluahkan rasa tidak puas hati bagi pihak pelajar di laman TikToknya dengan perangai sesetengah cikgu yang bersikap toksik.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Beri peringatan dan nasihat buat cikgu di luar sana yang suka membuka aib pelajar dan bergosip di bilik guru supaya berhenti berbuat demikian

Menerusi video berdurasi hampir 1 minit itu, wanita yang mesra disapa Cikgu Dell telah memberi sedikit peringatan buat para guru yang gemar membuka aib dan mengutuk pelajar.

"Teachers out there please hear me out. Saya Cikgu Delila. Stop trend suka mengutuk murid, buka aib murid di dalam bilik guru. Yes, kebanyakan apa yang murid-murid tu cakap dalam video sebelum ni memang betul"

"If you are a teacher then you know what I mean. There's certain teacher memang suka buka aib dan juga mengutuk di bilik guru. Betul, Cikgu Dell mengaku benda tu. Tapi, bukan semua orang. Korang jangan tengok yang negatif je"

"Dan cikgu, stop favoritism. Cikgu-cikgu yang selalu buat favoritism ni lah yang menjadikan anak murid benci, tak nak belajar, rasa rendah diri, rasa dunia ni tak adil. Please teachers out there, please," katanya.

"Respect cikgu ni. Dia bukan berat sebelah, dia take it from both point of view. Kudos!" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video Cikgu Dell telah berjaya meraih 167.1K views, 27.1K likes dan 1.4K shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat Cikgu Dell yang bersikap neutral dan tidak berat sebelah kepada pelajar mahu pun guru.

Malah, ramai yang sempat berkongsi pengalaman mereka dimalukan sendiri oleh guru kaunseling di sekolah kerana aib mereka tersebar dalam kalangan guru-guru lain.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan iktibar buat para guru yang pernah membuka aib pelajar di luar sana :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: