seismik

[VIDEO] Buat Live Depan 5,000 Pelajar SPM, Cikgu Tersembur Gelak Lepas Dengar Bunyi Kentut

Sayup je bunyi dia.

Cover image via @SyuRadzali (Twitter)

Cikgu Matematik Tambahan di Maths Clinic, Fathi Hussein dikenali dengan seorang guru yang pandai menjadikan subjek tersebut dari susah ke senang sekali gus mengubah perspektif pelajar

Selain mengajar di pusat tuisyen, dia juga sering membuat live bersama pelajar-pelajarnya melalui platform media sosial kerana itu merupakan pendekatan yang paling mudah pada zaman sekarang.

Tular di Twitter baru-baru ini apabila cikgu yang digelar sebagai Sir Fathi itu bersama kawannya Sir Shakib tersembur gelak ketika sedang memberikan kata-kata semangat buat 5,000 pelajar SPM menerusi video live.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Tengah bagi kata-kata semangat, sekali dua-dua tersembur gelak lepas dengar bunyi kentut

Menerusi perkongsian video daripada @SyuRadzali, kedua-dua cikgu tersebut semasa itu sedang membuat live di depan 5,000 pelajar SPM dan memberikan kata-kata semangat buat mereka sebelum menduduki peperiksaan.

Namun, ketika semua sedang fokus dengan apa yang disampaikan oleh Sir Shakib, tiba-tiba keluar satu bunyi kentut yang halus saja bunyinya.

Akibat tidak tahan dengar bunyi itu, kedua-dua orang cikgu tersebut terus spontan gelak berdekah kerana momen yang serius bertukar menjadi lawak. Malah, Sir Fathi dan Sir Shakib gelak sampai menutup muka masing-masing konon nak control serius, tetapi gagal.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 285.3K views, 10.8K retweets dan 15.5K likes di Twitter

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat video tersebut dan menyifatkan lawak kentut memang legend, tak pernah tak lawak.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Aduhai siapalah yang tak reti kawal kentut tu ya? Buat hal betul! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: