[VIDEO] Gelagat Kucing Ini Selamba Masuk Masjid Nak Jadi Saksi Nikah Buat Ramai Geli Hati
Masuk siap tunduk tu, sopan betul.
Majlis akad nikah merupakan detik paling mendebarkan bagi setiap pasangan pengantin
Lebih-lebih lagi bagi pengantin lelaki yang kadangkala terlalu nervous untuk melafazkan akad sehingga terkeluar bermacam jenis ragam spontan dan membuatkan ramai geli hati.
Namun lain pula dengan video yang viral baru-baru ini di Twitter apabila akad nikah sepasang pengantin ini dihadiri oleh tetamu yang tidak diundang.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pengantin baru nak nikah, tiba-tiba datang seekor kucing datang nak join jadi saksi
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh Luqman Zaini di Twitter dengan kapsyen "orang nak kahwin dia buat relax je masuk duduk tepi", kelihatan ketika itu majlis akad nikah sepasang pengantin baru saja bermula.
Namun sebaik saja tok kadi membacakan khutbah nikah, tiba-tiba muncul seekor kucing berwarna kelabu dengan selamba masuk ke dalam masjid dan dengan spontan duduk di depan pengantin lelaki.
Gelagatnya sekali gus membuatkan semua di dalam masjid ketawa termasuklah pasangan pengantin tersebut yang sudah semestinya sedikit sebanyak hilang rasa nervous selepas melihat kucing comel itu.
"Kucing: Tok kadi, saya batalkan perkahwinan ini, saya masih sayangkan dia" - Warganet
Sejurus selepas tularnya video berkenaan yang sehingga kini meraih 742.7K views, 32.4K retweets, 52.9K likes serta 1.9K quote tweets di Twitter, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat kucing tersebut.
Malah ramai yang siap membuat sendiri dialog kucing itu semasa ketibaannya masuk ke dalam masjid.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di Twitter:
Mungkin kucing tu selalu jadi tetamu VIP setiap kali ada orang nak kahwin dekat masjid kot? Comel je :D