seismik

"Mungkin Dia Nak Tegur" - Remaja Ini Cabut Lari Tinggalkan Skateboard Lepas Nampak Kelibat

"Dia nak join main skate tu tapi dia malu nak cakap" - Netizen.

Cover image via @muqrissss (TikTok)

Bermain skateboard adalah hobi kebanyakan remaja zaman sekarang terutamanya bagi golongan lelaki

Kadangkala ada yang terlalu seronok bermain sehingga tidak sedar hari sudah pun menjelang lewat malam kerana leka.

Namun lain pula yang terjadi kepada seorang remaja lelaki ini apabila dia ternampak kelibat makhluk berpakaian putih ketika sedang asyik bermain skateboard di lorong taman perumahannya.

Lihat video viral tersebut tersebut di bawah:

@muqrissss

nak skate pon tak senang sape nampak comment auto demam la ni ##foryoupage ##fyp

original sound -

Ternampak makhluk berpakaian putih bergerak semasa sedang merakam dirinya bermain skateboard

Menerusi video yang dimuat naik oleh Muqris, dia ketika itu sedang bermain skateboard seorang diri di kawasan rumahnya.

Menurut sumber, remaja tersebut mendedahkan kejadian itu berlaku sekitar pukul 12 malam hingga 1 pagi Ahad lalu.

Dia pada mulanya hanya merakam video sekadar untuk membuat content suka-suka di TikTok saja, namun tiba-tiba dia ternampak ada benda bergerak dan sempat berhenti untuk melihat ke arah kawasan tersebut.

"Bila jalan ke depan dan toleh balik, saya tengok dah tak ada. Saya tinggalkan skateboard dan terus berlari balik. Dalam pukul 1 pagi, abang saya tolong ambilkan skateboard saya tu," katanya.

"Kenapa main malam-malam, memang 'dia' nak join la" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video Muqris telah mendapat 240.8K tontonan, 19.1K tanda suka serta 434 komen di TikTok.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut dan ramai yang berasa seram kerana video itu kebetulan muncul di For You Page (FYP) mereka pada tengah malam.


Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Siapa je yang tak seram kalau 'dia' tiba-tiba muncul macam tu kan :/

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: