seismik

Pasrah Tak Boleh Teman Isteri Bersalin, Lelaki Ini Siap Azan Melalui Voice Note Untuk Anak

Kuatnya isteri dia.

Cover image via Bilik 203 (Blog) & @syazaajoee (Twitter)

Isteri mana saja yang tidak mahu suaminya menemani di saat ingin melahirkan anak sulung bukan?

Hal ini kerana itulah detik-detik terindah dan amat bermakna bagi mereka yang pertama kali bergelar ibu bapa.

Sudah pastinya setiap isteri memerlukan sokongan dan kata-kata semangat daripada suami semasa proses bersalin kerana ianya bukan satu perkara yang mudah.

Namun lain pula dengan kisah yang tular di Twitter baru-baru ini apabila ciapan seorang wanita mengenai pengalamannya semasa melahirkan anak pertama mencuri perhatian ramai.

Lihat ciapan penuh tersebut di bawah:

Tak dapat teman isteri, suami hantar voice note azan untuk anak melalui WhatsApp

Menerusi ciapan tersebut, wanita yang dikenali sebagai @syazaajoee telah berkongsi saat-saat ketika dia melahirkan anak sulung dan sedih kerana suaminya hanya mampu menemani melalui WhatsApp.

Disebabkan pandemik Covid-19 yang masih menular, ia sekali gus telah menghalang si suami untuk berada di samping isteri semasa dalam wad bersalin.

Syaza berkata dia ketakutan kerana terpaksa bersalin secara caesarean. Malah dia terpaksa ke tandas dan minum dengan sendiri.

“Kiranya ibu-ibu melahirkan anak time covid ni sangat la berdikari, sebab semua buat sendiri takda siapa tolong,” katanya.

Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah apabila suaminya terpaksa mengazankan bayi mereka melalui voice note

Walau bagaimanapun, dia bersyukur segalanya berjalan dengan lancar dan akhirnya dia selamat melahirkan serorang bayi lelaki yang comel.

Ketika artikel ini ditulis, ciapan Syaza telah meraih 5.6K retweets, 15.6K likes serta 429 quote tweets di Twitter.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet berasa terharu melihat perbualan Syaza dan suaminya di WhatsApp, serta memuji kecomelan bayi mereka.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Sweet je suami dia siap bagi voice note untuk baby. Pengalaman bersalin korang pula macam mana?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: