seismik

Godam Website Kerajaan, Admin 'Anonymous Malaysia' Antara 11 Suspek Yang Ditahan Polis

Semua suspek berusia 20 hingga 40 tahun.

Cover image via Bernama & DW

Seramai 11 orang individu telah ditahan polis kelmarin dan dipercayai terlibat dalam aktiviti menggodam sistem komputer kerajaan

Menurut sumber, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata serbuan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman selepas risikan dan intipan sejak seminggu lalu.

Kesemua suspek yang ditahan berusia antara 20 hingga 40 tahun dan antara yang ditahan adalah admin akaun Facebook Anonymous Malaysia.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani

Image via Harian Metro

"Tangkapan dibuat ekoran ugutan dan ancaman oleh kumpulan berkenaan untuk menggodam sistem komputer kerajaan sejak beberapa tahun lalu”

"Pada masa ini pihak polis masih lagi dalam proses menjalankan siasatan dengan lebih lanjut untuk mengenal pasti saki-baki suspek lain sebelum proses tangkapan susulan dilakukan”

"Siasatan kita setakat ini tidak menolak kemungkinan 17 laman web yang sudah diceroboh," katanya.

Terdahulu, Anonymous Malaysia pernah mendakwa berjaya godam beberapa website kerajaan

Menerusi satu laporan, mereka mendakwa antara laman web yang terlibat ialah laman milik kerajaan negeri Sabah, Perak, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Majlis Perbandaran Selayang.

Terbaru, tiga lagi sistem kerajaan negeri Johor, Sabah dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga dipercayai telah digodam.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: