15 Rider foodpanda Ini Kena 'Prank' Hantar Order Makanan Hampir RM500 Kepada Bateriku.com
Seramai 15 orang rider foodpanda datang serentak menghantar makanan ke tempat yang sama.
Tular baru-baru ini syarikat Bateriku.com terkena 'prank' oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan memesan pelbagai jenis makanan sehingga bernilai RM500
Menurut sumber, prank itu mungkin dilakukan oleh seorang pekerja kontrak di syarikat tersebut. Seramai 15 orang rider foodpanda datang menghantar pelbagai jenis makanan di depan pejabat Bateriku.com dan memberitahu mereka telah mendapat order dari alamat tersebut.
Kesemua jenis pembayaran untuk setiap pesanan adalah secara tunai dan keseluruhan makanan tersebut bernilai RM500, sedangkan tidak ada langsung pesanan yang dibuat oleh pekerja di situ.
Walau bagaimanapun, niat pihak yang tidak bertanggungjawab itu tidak tercapai apabila foodpanda tidak mengenakan sebarang caj pembayaran kepada syarikat berkenaan.
Dalam pada itu, pihak Bateriku.com telah memaklumkan kepada foodpanda untuk menghentikan sebarang penghantaran makanan ke pejabat mereka
Menurut laporan, tindakan seorang lelaki yang menuduh penghantar makanan mencuri air yang dipesannya melalui aplikasi GrabFood akhirnya membawa padah apabila dia digantung kerja serta-merta oleh majikannya yang juga berkhidmat di Bateriku.com.
Majikan kepada lelaki yang dikenali sebagai sebagai Ezrin Nazan memaklumkan, tindakan gantung kerja itu dilakukan sementara siasatan menyeluruh sedang dilakukan. Pihak Bateriku.com juga memohon maaf dengan tingkah laku pekerja kontrak itu yang telah mengeluarkan komen tidak sopan berkenaan penghantar makanan GrabFood di laman sosial tempoh hari.
Terdahulu, seorang pengguna di Twitter yang dikenali sebagai @exmnexmnmn meluahkan rasa kecewa apabila air minuman yang dipesannya di Starbucks tidak mencukupi. Pada masa yang sama, dia telah menuduh rider tersebut mencuri salah satu minuman miliknya.