seismik

[VIDEO] Customer Cancel Order Beratus Ringgit, Rider Ini Pasrah Tersadai Bawah Panas Terik

Allahu, tak baiknya aniaya orang macam ni.

Cover image via @anasmansor99 (TikTok)

Kerja sebagai penghantar makanan sebenarnya bukanlah semudah yang disangka

Rata-rata orang yang melakukan kerja sebagai penghantar makanan adalah untuk mendapatkan duit lebih demi keluarga tercinta.

Malah ada sesetengah pelajar yang sanggup pinjam motor kawan membuat kerja sambilan sebagai penghantar makanan semata-mata ingin mendapatkan duit belanja sendiri tanpa menyusahkan ibu bapa.

Namun ada kalanya mereka ini sering dianiaya oleh pelanggan yang tidak bertanggungjawab. Seperti contoh kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki ini melalui akaun TikToknya dan telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@anasmansor99

Kalau order makanan tu please allert, tgk status makanan tu ##foryoupage ##foodpandamalaysia

original sound - Pijah Mohamad - Cek Yana

Customer beri salah alamat dan terpaksa berjemur di bawah panas, akhirnya order dibatalkan

Menerusi video yang dimuat naik oleh Anas Mansor atau dikenali sebagai Abang Panda, dia kecewa apabila seorang pelanggan sanggup menganiayanya dengan meletakkan alamat yang salah pada order dan tidak muncul langsung sebaik saja dia sampai di tempat tersebut.

Apa yang lebih menyedihkan adalah jumlah pesanan dibuat bukan sedikit tetapi sehingga lebih RM100. Anas juga sempat memberikan pesanan buat semua pelanggan yang tidak bertanggungjawab seperti itu.

"Korang yang nak order sampai beratus tu, please letak alamat betul and sentiasa dekat dengan phone. Call tak dapat, chat tak reply. Pin location dekat tengah jalan, tengah hari rembang pulak"

"Last-last cancel macam tu je order yang beratus tu. Jauh-jauh aku datang dan aku tak dapat payment penuh disebabkan order tu cancel. Banyak-banyak ni nak buat apa," katanya.

"Rasanya foodpanda lepas ni better guna cashless la, lebih selamat. Transfer duit dulu baru dapat makanan. Tak ada duit tak ada makanan" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis,  video Anas berjaya meraih lebih 868K tontonan, 64.8K tanda suka dan dihujani 5.2K komen daripada netizen.

Rata-rata mereka turut bersimpati atas nasib yang menimpanya dan mereka mencadangkan supaya syarikat foodpanda menghentikan cara pembayaran secara tunai.

Ini kerana boleh menyebabkan rider hanya melakukan kerja sia-sia dan tidak dapat payment jika berhadapan dengan customer yang tidak bertanggungjawab seperti itu.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga semua food rider di luar sana bertabah dengan dugaan seperti ini dan dipermudahkan segala urusan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: