seismik

[VIDEO] Mat Motor Ini 'Dibelasah' Abang Bomba Selepas Cuba Langgar Teman Wanitanya

Suka hati je nak langgar anak orang, nyawa tu!

Cover image via @jeppppppppppp_ (Twitter)

Tular baru-baru ini di laman sosial Twitter rakaman sepasang kekasih yang bergaduh di jalan raya mendapat perhatian ramai

Menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik oleh pengguna bernama @jeppppppppppp_ , kejadian tersebut dikatakan berlaku di Alor Setar, Kedah.

Pasangan kekasih itu bertengkar sebelum lelaki yang menaiki motor bertindak melanggar teman wanitanya dengan sengaja ke arah jalan raya utama.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Sempat diselamatkan oleh dua orang bomba dan sebuah kereta Proton Persona yang menghalang lelaki itu ketika cuba melarikan diri

Menerusi rakaman berdurasi 30 saat tersebut, mereka dilihat seperti sedang bertengkar tanpa mengetahui punca sebenar dan kemudiannya lelaki itu secara tiba-tiba melanggar teman wanitanya.

Wanita itu sempat mengelak sebelum berlari dan sempat diselamatkan oleh dua orang anggota bomba yang kebetulan berada di tempat kejadian dan mungkin menyaksikan pertengkaran mereka berdua.

Sementara itu, teman lelakinya yang cuba melarikan diri selepas melanggar wanita itu gagal apabila sebuah kereta Proton Persona yang lalu di jalan tersebut telah bertindak menghimpit motornya dengan tujuan untuk menghalang lelaki itu pergi.

Lelaki itu kemudiannya diheret dan ditendang oleh dua orang anggota bomba tersebut di tepi jalan akibat perbuatannya yang melampau itu.

"Girls out there, don't date or marry with a man who panas baran! Respect the Persona" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 542.9K views, 17.6K retweets dan 17.8K likes di Twitter.

Lebih 1.9K quote tweets mendapati rata-rata netizen turut merasa geram melihat situasi berkenaan dan aksi melampau lelaki itu yang sanggup melanggar teman wanita sendiri.

Ramai juga yang berterima kasih kepada anggota bomba dan pemilik kereta Proton Persona yang sanggup mencalarkan keretanya demi menyelamatkan nyawa wanita tersebut.

Antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Syukur nasib baik akak tu selamat, kalau bercinta jangan sampai jadi macam ni guys. Nyawa tak boleh ditukar ganti, ingat tu!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: