[VIDEO] Remaja Ini Baru Nak Tunjuk Power Main ‘Monkey Bar’, Tapi Lain Pula Yang Jadi
"Apahal aku yang aduh kat sini" - Netizen.
Monkey bar adalah alat untuk bergayut yang sering digunakan oleh kanak-kanak dan remaja di taman permainan
Tujuan bermain monkey bar boleh menguatkan otot-otot bahagian atas badan seperti bahu, lengan, pergelangan tangan dan jari jemari.
Namun jika tersalah step, ia boleh membahayakan diri. Begitulah yang terjadi kepada remaja lelaki ini apabila nasib tidak menyebelahinya ketika sedang bermain monkey bar di sebuah taman permainan dan videonya tular di laman aplikasi TikTok baru-baru ini.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Seronok main monkey bar sampai tersalah pusing dan jatuh, kemudian alat kemaluan pula terhentak di atas palang
Menerusi video tersebut, kelihatan remaja lelaki itu sedang menunjukkan skillsnya bermain monkey bar sambil dirakam oleh kawannya.
Namun secara tiba-tiba dia yang ketika itu bergayut dengan laju tersalah membuat pusingan dan terjatuh di atas palang. Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah apabila alat kemaluannya betul-betul terhentak pada tengah palang monkey bar itu dan membuatkannya terus senak.
Sebaik saja kejadian itu berlaku, kawan-kawannya serentak menjerit kerana dapat merasakan kesakitan remaja lelaki berkenaan. Dia kemudiannya pantas turun dan hanya tersengih menahan sakit serta ngilu di depan mereka.
"Hanya kaum adam je yang tau rasa dia macam mana. Kaum hawa sila main jauh-jauh" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah berjaya meraih 370.5K views, 43.3K likes serta 1,003 comments di TikTok.
Rata-rata netizen yang meninggalkan komen turut merasa seriau melihat video ketika remaja lelaki itu jatuh, lebih-lebih lagi kaum lelaki kerana mereka faham akan kesakitan yang dialami olehnya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Hati-hati ya kalau korang nak main monkey bar nanti jangan sampai jadi insiden macam ni pula. Stay safe!