[VIDEO] “Mic Dia Terapung!” - Nyanyian Individu Ini Di Majlis Perkahwinan Buat Ramai Dekah
Lain macam ya performance dia.
Menjemput artis atau penyanyi profesional untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan sudah menjadi trend sejak dulu lagi
Ianya bertujuan untuk memeriahkan lagi majlis pasangan raja sehari dan meninggalkan kenangan terindah buat mereka.
Namun lain pula yang terjadi kepada pasangan pengantin baru ini apabila tular mengenai seorang individu yang membuat persembahan di majlis perkahwinan mereka telah mencuri perhatian ramai.
Lihat perkongsian video daripada seorang pengguna di Twitter itu di bawah:
Over semasa membuat persembahan sehingga melompat dari pelamin ke bawah
Menerusi video yang berdurasi 30 saat itu, kelihatan individu tersebut sedang menyanyikan sebuah lagu popular daripada penyanyi terkenal Indonesia iaitu Rossa bertajuk Hati Yang Kau Sakiti.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah apabila dia rupa-rupanya hanya miming lagu itu dan siap membuat aksinya yang dikatakan over.
Dia yang pada awalnya hanya menyanyi seperti biasa di atas pelamin kemudiannya tiba-tiba melompat ke bawah dan beraksi di depan tetamu yang hadir.
Apa yang lebih menghiburkan adalah dia siap berlari dan berguling-guling di lantai konon ingin menunjukkan dia sedang menghayati lagu putus cinta itu.
Video itu telah berjaya menarik perhatian warganet sehingga kini mendapat 750k views, 30.5k retweets dan 29.4k likes di Twitter
Rata-rata warganet turut terhibur melihat aksi individu itu yang kelakar dan ternyata berbakat untuk memeriahkan lagi majlis kahwin pasangan pengantin baru tersebut.
Ada juga yang berpendapat mampu menghilangkan stres bila melihat video itu dan mereka juga berkata supaya jangan jemput ex-girlfriend atau ex-boyfriend datang ke majlis kahwin kalau tak nak mereka beremosi seperti individu itu.
Antara komen-komen menarik daripada warganet di Twitter: