Sambutan Deepavali Peringkat Kebangsaan Bakal Diadakan Di Brickfields 14 November Ini
Masyarakat India di Malaysia akan menyambut Deepavali pada 8 November ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan menganjurkan Sambutan Deepavali Peringkat Kebangsaan di Brickfields, Kuala Lumpur pada 14 November ini
Menerusi laporan Bernama, sambutan ini akan dimeriahkan dengan pelbagai pengisian berteraskan seni, budaya dan warisan.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara R. Yuneswaran berkata sambutan yang dijangka menarik lebih 10,000 pengunjung itu dijadual dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Pelbagai pengisian seni, budaya dan warisan diatur dari pagi hingga malam. Sasarannya lebih daripada 10,000 pengunjung pada hari itu sebab hari Sabtu. Kita harap ramai yang boleh hadir," katanya.
Beliau berkata sambutan itu turut dimeriahkan dengan persembahan artis, selain orang ramai berpeluang menyaksikan pelbagai pameran unik termasuk Rumah Malaysia.

TImbalan Menteri Perpaduan Negara, R. Yuneswaran.
Image via Yuneswaran RamarajSambutan yang bertujuan mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia
Dalam pada itu, Yuneswaran menyeru pengamal media supaya terus bekerjasama dengan kementerian serta jabatan berkaitan dalam menyampaikan mesej perpaduan kepada masyarakat.
Katanya, perhatian perlu diberikan kepada usaha mengetengahkan perkara yang dapat memperkukuh keharmonian dan perpaduan masyarakat, selain mengelakkan isu sensitif berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R) daripada mencetuskan ketegangan.
Menurutnya, perkembangan indeks perpaduan di peringkat negeri turut menunjukkan perubahan ketara, sekali gus mencerminkan tahap perpaduan yang semakin baik dalam kalangan masyarakat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via