Data DOSM Dedah Golongan M40 Terhimpit, 70% Pendapatan Habis Untuk Keperluan Asas
Survei data pendapatan isi rumah baharu akan bermula tahun 2027.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hampir 70% pendapatan isi rumah M40 digunakan untuk membeli keperluan asas
Dilaporkan oleh New Straits Times, Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah mengatakan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mengeluarkan data menunjukkan 34.1% dari pendapatan M40 digunakan untuk makanan, manakala 22.7% telah digunakan untuk rumah dan kemudahan dan 10.6% untuk pengangkutan.
"Setelah ditolak komitmen pendidikan dan perubatan, baki pendapatan pada hujung bulan amat nipis,
"Inilah fenomena 'middle-class squeeze'," katanya.
Menurut beliau, kerajaan sedang meneliti kaedah baharu unutk pemberian bantuan berdasarkan pendapatan boleh guna bersih dengan mengambil kira kos sara hidup yang telah dihadapi oleh golongan kelas menengah termasuk komitmen perumahan, pendidikan dan penjagaan kesihatan.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah
Image via New Straits TimesDasar tidak boleh bergantung kepada angka pendapatan kasar semata-mata
Mengikut Survei Pendapatan Isi Rumah 2024 oleh DOSM, kumpulan M40 merangkumi desil D5 hingga D8.
Kumpulan M40 berpendapatan kasar bulanan diantara RM5,860 hingga RM12,679 dengan purata RM8,744 sebulan.
"Kerajaan menyedari bahawa dasar tidak boleh bergantung kepada angka pendapatan kasar semata-mata. Sebagai jalan ke hadapan, kerajaan sedang meneliti penggunaan pendapatan boleh guna bersih, atau dengan izin, Net Disposable Income (NDI) dalam pemberian bantuan.
"NDI adalah lebih adil kerana mengambil kira perbelanjaan asas mengikut demografi dan lokaliti," katanya lagi.

Gambar sekadar hiasan.
Image via The StarMiddle Class Squeeze ini adalah fenomena apabila isi rumah kelas menengah berdepan tekanan kewangan akibat peningkatan kos kehidupan, sehingga baki pendapatan selepas menampung perbelanjaan asas, pendidikan dan perubatan menjadi sangat terhad.
Antara langkah baru menerusi Belanjawan 2027 kerajaan telah meningkatkan pelepasan cukai individu daripada RM9,000 kepada RM12,000 selain Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM200 kepada 5.3 juta murid tanpa mengira pendapatan isi rumah.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via